Kata nak datang beraya lima kereta, tuan rumah dah penat masak bagai nak rak tapi seorang pun tak muncul!

Kata nak datang beraya lima kereta, tuan rumah dah penat masak bagai nak rak tapi seorang pun tak muncul!

 

BULAN Syawal adalah peluang yang ditunggu-tunggu untuk berjumpa dengan insan yang sudah lama terpisah atau berjauhan.

Banyak jamuan makan dan rumah terbuka diadakan kerana aktiviti itu membolehkan rakan-rakan serta saudara mara datang bertandang.

Bagaimanapun, sebaai tetamu jangan dilupa adab-adab ketika menghadiri rumah terbuka termasuklah menepati waktu dan memenuhi janji.

Seorang wanita berdepan nasib malang apabila rakan yang berjanji untuk datang beraya ke rumahnya tidak kunjung tiba tanpa sebarang pemakluman.

“Benda yang paling menyedihkan sis. Member lepas Asar call cakap nak datang beraya dekat rumah esoknya, dalam lima buah kereta cakap nak datang.

“Mereka minta nak makan rendang, ayam masak merah dan daging masak hitam.

“Kita pun kelam kabut la pagi-pagi dah pergi pasar nak cari ayam, daging dan kerang sebab nak masak,” luah wanita itu dalam satu hantaran di Facebook.

Semangat dan kegigihan wanita itu yang mahu memasak serta menjamu rakan-rakannya itu ternyata sia-sia apabila seorang pun tak muncul di pintu rumahnya.

“Bila dah siap masak, kita call la tanya dah sampai mana, akhirnya dia cakap tak jadi datang sebab ada hal lain.

Peliknya, tetamu datang sepatutnya membawa rezeki tapi mereka pula yang minta makanan itu ini.

WARGA MAYA

“Sedihnya, dalam ramai-ramai tu seorang pun tak ada nak beritahu atau maklumkan kepada sis awal.

“Penat sis masak banyak-banyak. Akhirnya makanan tu semua sedekah dekat jiran sebelah. Saya pergi letak atas meja jiran sebab nampak mereka ada tetamu.

“Saya maafkan kawan saya tu, saya percaya mereka ada alasan tersendiri,” kata wanita itu kecewa.

Wanita itu berkata dia juga menanggung penat kerana perlu mengemas dapur dan membasuh peralatan memasak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat kejadian sebegitu boleh memutuskan hubungan yang sebelum ini dalam keadaan baik.

“Kalau kawan aku begini memang last la ajak. Jangan tanya kenapa tak jemput dah lepas tu.

“Dah boleh jauhkan diri dengan member macam tu, lima kereta tapi seorang pun tak fikirkan akak.

“Peliknya, tetamu datang sepatutnya membawa rezeki tapi mereka pula yang minta makanan itu ini.

“Lepas ni kalau kawan sama yang datang mohon hidang biskut kering dengan teh je,” demikian komen sebahagian warga maya.