“Kau amik air sembahyang ke? Sampai ke lengan penuh dengan kuah” – Tersentak netizen bila tengok aksi pekerja kedai nasi kandar

Tidak dinafikan, memang ramai yang suka dan gemarkan Nasi Kandar.
Nasi Kandar kebiasaannya dihidangkan dengan nasi putih bersama pelbagai lauk pilihan. Tak dilupakan juga, kuah yang bercampur sehingga banjir.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang individu pergi ke kedai untuk makan Nasi Kandar telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
@danialazmii Air lengan lagi padu dari air tangan. Penggemar nasi kandar boleh try dkt Nasi Kandar Bendi KL #nasikandar
‘Air tangan’ menjadi ‘air lengan’
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang berada di sebuah kedai Nasi Kandar di Kuala Lumpur.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pekedai itu dilihat mengambil pesanan daripada si pelanggan ini, namun lengannya itu penuh dengan kuah.
“Air lengan lagi padu dari air tangan,” tulisnya.
“Sampai ke lengan, kau amik air sembahyang ke?” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 490K tontonan, 7K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Bak kata penggemar Nasi Kandar, lagi surrrr 😛