“Kau memang beradab dik” – Remaja dipuji salam cium tangan abang polis selepas kena saman

“Kau memang beradab dik” – Remaja dipuji salam cium tangan abang polis selepas kena saman

Kes melibatkan salah laku pengguna motosikal bukanlah perkara asing. Di media sosial misalnya, acap kali pengguna berkongsi pelbagai kesalahan yang dilakukan mereka seperti memotong di garisan berkembar, langgar lampu isyarat merah dan lain-lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video  tentang salah laku dua orang pelajar yang telah ditahan oleh seorang anggota polis, dipercayai telah melanggar kesalahan lalu lintas.

Dari segi pemerhatian, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan dua pelajar ini ditahan iaitu sama ada tidak memakai topi keledar atau tidak memasang cermin sisi kenderaan.

Namun, perbuatan atau reaksi kedua–dua pelajar berkenaan selepas disaman itu telah mendapat reaksi positif daripada netizen tentang adab yang ditunjukkan mereka.

“Saman tetap saman”

Menerusi video berdurasi seminit di X itu, dua pelajar itu kelihatan berbual dengan anggota yang bertugas dan menandatangani surat saman yang dikeluarkan kepada mereka. Apa yang menjadi bualan ramai adalah reaksi mereka berdua selepas itu.

Sebelum berlalu pergi, dua pelajar itu dilihat menunggang ke arah anggota polis tersebut sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan anggota polis itu dan mencium tangannya.

Cats 35

Perkara itu menimbulkan reaksi positif daripada netizen yang memuji budi bahasa kedua-dua pelajar terbabit yang tetap menghormati golongan yang lebih tua walaupun telah melakukan kesalahan.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan dua orang pelajar ini telah mendapat didikan yang betul daripada orang tua masing-masing.