“Kau tak kenal aku ni siapa” – Wanita mengamuk di kedai mamak makanan lambat sampai
Setiap kali Hari Raya sudah pastinya juadah seperti lemang, ketupat dan rendang antara makanan yang disajikan di setiap rumah.
Dalam pada itu, orang ramai seolah sudah ‘jemu’ dengan juadah ini memasuki hari ketiga dan seterusnya di mana orang ramai sudah mulai memilih untuk mencari makanan atau juadah yang lain.
Situasi ini turut berlaku di sebuah restoran mamak yang memperlihatkan seorang pelanggan bertindak untuk mengamuk dan marah pekerja kedai mamak tersebut.
Lebih serius, pelanggan ini turut mahu wang beliau semula selepas lama menanti makanan seterusnya mencampakkan topi keledar dan bekas berisi kari di kedai tersebut.
Drama raya ke-3
Kejadian dekat kedai mamak. kerugian sebiji helmet kura-kura dengan 1 bekas kari.
Cameraman tiptop! pic.twitter.com/tTcxcSveNc
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 24, 2023
“Kau tak kenal aku ni siapa.
“Kau tunggu lawyer aku datang” luah wanita tersebut yang berang lewat tiba di restoran mamak berkenaan.
Situasi yang berlaku telah mendapat perhatian netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut. Malah, terdapat netizen yang kecewa dengan tindakan wanita tersebut yang telah mencampakkan rezeki ke lantai hanya kerana sedang marah.
Tidak kurang juga yang mempertikaikan keperluan memaklumkan kepada pekerja kedai mamak mengenai ‘status’ beliau serta mahu peguam turut terlibat dalam insiden yang berlaku.
Kau marah ke, kau tak suka ke, jangan kau libatkan makanan. Itu rezeki. Kau nak sumpah seranah dia ke, boikot ke, silakan. Tapi bila sampai kau bazirkan makanan macam tu, that's too much. You literally over the limit! Makcik, we don't know you and we don't even want to know you! https://t.co/lJ0g8pt6Ob
— Peanut Butter 🥢 (@ehhdxhxz_) April 24, 2023
macam ni pun perlukan lawyer ka? https://t.co/xVIGwpF15j
— Anisssheep 🐑 (@anis_biribiri) April 24, 2023
Ayat karen selalunya “kau tak kenal aku siapa” dan “kau tunggu lawyer aku” https://t.co/AjebCKe6I9
— Akid 🇲🇾 (@kiddokid999) April 25, 2023
Sementara itu, terdapat netizen yang berterima kasih kepada perakam video ini yang berjaya merakam situasi tegang yang berlaku dengan tenang serta bebas daripada gegaran.
Cameraman siap record muka abang grab lagi tu 🤣 https://t.co/E3AHDy5OWE
— fadh (@nfadhaa) April 25, 2023
Salute to the cameraman 😂😂😂 https://t.co/HnuW7UME9Y
— MNL (@najiblazi) April 24, 2023
Seperti ramai sedia maklum, menjelang musim Hari Raya, terdapat kedai yang mengalami masalah kekurangan pekerja. Kehadiran pelanggan yang ramai ke kedai antara yang membuatkan makanan lewat diterima para pelanggan.