Kaum mak-mak teruja nak sertai PLKN, inilah masanya nak ‘me time’

Kaum mak-mak teruja nak sertai PLKN, inilah masanya nak ‘me time’

 

Kaum isteri mula menyuarakan kebimbangan sekiranya dipanggil untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dikatakan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna bimbang sekiranya perlu meninggalkan anak-anak selama 45 hari bagi menyertai latihan itu.

Malah, ada juga antara mereka yang susah hati sekiranya suami masing-masing dipanggil untuk sertai latihan tersebut kerana bimbang pasangan mereka itu akan berlaku curang di dalam kem latihan berkenaan.

“Risau kalau suami kena pergi, nanti balik-balik saja bawa balik bakal madu muda untuk kau,” kata Huzaimah.

“Nanti adalah hantaran tajuk rakan PLKN sondol isteriku atau isteriku disondol rakan PLKN,” kata Shafie.

“Tamat kursus, masing-masing anak-anak dapat bapa tiri angkat, yang suami dapat madu,” seloroh Mohd. Dali.

“Bagus juga sebenarnya kalau kaum mak-mak dapat pergi, inilah masanya nak ‘me time’. Biar suami yang malas tolong jaga anak belajar sikit jaga anak,” kata Emylia.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal diperkenalkan semula.

Latihan itu katanya, menyasarkan golongan muda berusia 16 sehingga 35 tahun.