Kaunselor dedah ‘kegilaan’ remaja kini, baru usia 10 tahun dah buat projek bertiga

Kaunselor dedah ‘kegilaan’ remaja kini, baru usia 10 tahun dah buat projek bertiga

 

Penggunaan aplikasi media sosial dan internet yang melampau oleh kanak-kanak tanpa pemantuan ibu bapa mampu memberikan kesan buruk berpanjangan.

Khususnya membabitkan gejala sosial menjijikkan seperti hubungan luar nikah, isu ini tidak boleh lagi dipandang remeh pada zaman serba canggih sekarang.

Murid perempuan baru usia 10 tahun, lakukan hubungan bertiga atas kemahuan sendiri

Beberapa hari lalu, pendedahan ekstrem tentang realiti anak-anak zaman sekarang yang dibuat oleh Pakar Kaunselor Kriminalogi di Indonesia, Puan Haniva Hasma cukup mengejutkan ramai.

Beliau pernah berdepan situasi di mana anak-anak yang masih berada di bangku sekolah rendah berani melakukan hubungan badan secara 3 orang.

Kehilangan perawan melalui chat virtual...Chatting hot & disuruh memasukkan sesuatu

Ada juga anak gadis yang mengaku keperawanan mereka dibolosi namun bukan melalui hubungan badan.

Sebaliknya ia bermula dengan mesej jijik dengan jejaka yang dikenali menerusi media sosial, akhirnya terjebak disuruh memasukkan objek ke dalam Miss V sendiri.

Bukan sahaja perempuan, malahan ada budak lelaki yang difahamkan berani mengupah pelacur untuk tujuan melampiaskan nafsu.

Pastinya, semua ini adalah kesan daripada ketagihan tontonan video ‘dewasa’ menerusi telefon bimbit.

Jangan pernah rasa saya menakut-nakutkan…Yang saya kongsikan adalah melalui client sendiri

Meskipun penceritaan ini membuat kita semua mengucap panjang, Puan Haniva berkata dia bukanlah mahu menakut-nakutkan golongan ibu bapa.

Namun pesannya, para penjaga harus lebih bijak menguasai teknologi media sosial supaya anda tidak ketinggalan jauh dengan anak-anak yang terlampau advanced.

@odejourney

Mari kita lebih aware sebagai orang tua 😭 #kriminologiui #penyimpangan #sewapacar #anaksd

♬ Denpasar Moon (Jungle Dutch) – EVS Remix