Kawan jadi lawan? Ini 5 kontroversi BFF selebriti Malaysia, Fazura & Neelofa termasuk sekali?

Kawan jadi lawan? Ini 5 kontroversi BFF selebriti Malaysia, Fazura & Neelofa termasuk sekali?

 

TIDAK dinafikan, keluarga merupakan keutamaan setiap individu namun sesetengah orang menganggap kawan merupakan golongan kedua paling rapat selepas adik beradik dan ibu bapa.

Meskipun begitu, hubungan baik yang terjalin juga boleh musnah akibat sifat hasad dengki, cemburu ataupun kebencian yang terpendam selama tempoh berkawan.

Ia boleh digambarkan menerusi beberapa kejadian pergaduhan melibatkan artis dan selebriti tempatan yang mulai retak atas faktor tertentu.

Berikut Majoriti senaraikan lima kontroversi pergaduhan melibatkan artis dan rakan karib di Malaysia.

Datuk Aznil Haji Nawawi / Azwan Ali

Pengacara, pelakon, dan juga usahawan ‘Rendang Tok’, Azwan Ali, 56, pernah bergaduh besar dengan Datuk Aznil Haji Nawawi, 60, berikutan salah faham yang berlaku antara mereka.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sekitar tahun 2015 apabila Azwan Ali dilaporkan mengamuk di laman Instagram peribadinya susulan ada pihak cuba mempertikaikan pelekat rendang yang diberikan oleh Pak Nil.

Sesetengah masyarakat dipercayai kurang senang dengan persahabatan mereka sehingga ada komen yang mengatakan Azwan Ali tidak mampu beli pelekat rendang.

“Aku tak mintak pun, tapi kau yang sibuk nak bagi sticker ni! Haa, datang peminat fanatik hanjing kau, hina aku, sticker rendang pun tak mampu nak beli! Haa, nah, ni!” kata Azwan di laman Facebooknya.

Lisdawati / Rita Rudaini

Pada tahun 2006, Rita Rudaini Mokhtar, 46, dan Lisdawati Nazaruddin, 44, dikatakan bermasam muka selepas berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya melakonkan adegan terakhir dalam drama Kau Yang Ku Sayang.

Adegan di kolam renang tersebut berubah menjadi satu pergaduhan besar sehingga melibatkan kes polis susulan dakwaan Lisdawati yang menuduh Rita sengaja mencederakannya.

Kejadian tersebut turut dikaitkan dengan isu perebutan seorang jejaka iaitu pelakon, Fauzi Nawawi, 49, namun dakwaan itu ditepis oleh Rita Rudaini.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti jelita ini telah dipertemukan dalam sebuah rancangan televisyen pada 2019 dan mengakui telah melupakan peristiwa yang telah mencalar nama mereka dulu.

Noor Neelofa / Anzalna Nasir

Kedua pelakon cantik ini pernah terpalit dengan isu kontroversi hangat suatu ketika dahulu apabila mereka dikatakan saling tidak berpuas hati dengan kejayaan yang ditempa masing-masing.

Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Noor Neelofa Mohd Noor, 33, terlebih dahulu meluahkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Natasha Sheila Abdul Razak, 35, atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla sebagai Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Situasi bertambah keruh apabila seorang lagi finalis Dewi Remaja 2010/11, Anzalna Nasir, 34, turut melemparkan kecaman terhadap Neelofa dengan dakwaan pelakon itu suka memburukkannya di laman media.

Namun, pergaduhan itu akhirnya diselesaikan dengan aku janji yang ditandatangani oleh kedua pihak di bawah pengurusan Persatuan Seniman.

Juliana Evans / Kaka Azraff

kaka 2

Umum mengetahui kedua artis dan selebriti ini sememangnya merupakan rakan karib sejak dari dahulu lagi.

Namun, hubungan mereka menjadi tanda tanya ramai apabila Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans, 34, ataupun Juliana Evans, tidak hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 33, atau lebih dikenali sebagai Kaka dengan suaminya, Adam Azriff pada 2018.

Saling berbalas komen dan memuat naik hantaran negatif serta sinis di laman Instagram peribadi, kedua-dua artis tersebut difahamkan sudah tidak sehaluan apabila mereka bukan lagi kawan karib seperti dahulu.

Difahamkan, pergaduhan terbabit berlaku sejak Kaka mula menjalin hubungan cinta dengan suaminya.

Namun dakwaan Juliana pula sebaliknya apabila dia menganggap individu itu sudah melupakan jasanya sejak makin dikenali dalam dunia hiburan tanah air.

Sehingga kini, hubungan mereka dilihat masih lagi dingin tanpa menunjukkan bibit-bibit kemaafan daripada kedua belah pihak.

Nur Fazura / Sara Ali

Perang dingin di antara dua aktres yang pernah digelar sahabat baik ini mula tercetus apabila Sara Ali, 32, tampil membalas kenyataan yang dibuat oleh Nur Fazura Sharifuddin, 39, ataupun Fazura dalam sebuah rancangan realiti.

Fazura yang tampil menerusi rancangan ‘Facing Up To Fazura’ difahamkan terlebih dahulu membicarakan soal persahabatannya dengan Sara Ali dalam rancangan terebut.

Namun, Sara mendakwa pelakon filem Gol & Gincu itu sengaja mencetuskan spekulasi dan konflik pergaduhan di khalayak ramai.

Perbuatannya itu sekaligus telah menimbulkan reaksi kurang senang daripada pihak tertentu dan menyebabkan mereka bermasam muka sehingga ke hari ini.

Punca pergaduhan sebenar masih menjadi tanda tanya dan kedua-dua artis itu tidak memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.