“Keadaan makin tak terkawal..” – Aisyah Hijanah minta individu sebar ‘voice note’ gaduh dengan Alif Teega padam video?

“Keadaan makin tak terkawal..” – Aisyah Hijanah minta individu sebar ‘voice note’ gaduh dengan Alif Teega padam video?

 

Melalui laman TikTok baru-baru ini, satu video memaparkan screenshot mesej yang dihantar oleh pempengaruh dikenali ramai, Aisyah Hijanah telah menarik perhatian netizen.

Dapat dilihat dalam video tersebut, Aisyah memohon agar individu yang menyebarkan ‘bukti-bukti’ dirinya dipukul memadam kesemuanya.

aisyah hijanah

Kebanyakkan netizen meluahkan rasa kasihan terhadap wanita tersebut yang terpaksa mendiamkan diri jika benar suami, Alif Teega mengasari dirinya.

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen syak bahawa mesej yang dihantar itu bukan ditulis oleh Aisyah tetapi orang lain.

aisyah hijanah

Sekadar info, rumah tangga Aisyah Hijanah mula mendapat perhatian selepas dia dan suami, Alif Teega memuat naik hantaran memberitahu lelaki terbabit sudah berkahwin satu lagi bersama wanita bernama Fatin Umaidah.

Lagi memanaskan keadaan, adik lelaki Aisyah tampil mendedahkan kakaknya sering dipukul oleh Alif dan voice note mereka bergaduh tersebar di media sosial.