Keadaan terkini Mamat Exist, ramai tak percaya dengan perubahan badannya semakin kurus & cengkung

Keadaan terkini Mamat Exist, ramai tak percaya dengan perubahan badannya semakin kurus & cengkung

 

Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi yang pernah popular suatu ketika dahulu pada zaman 90-an, iaitu Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat Exists.

Mamat Exists merupakan penyanyi Malaysia yang memulakan kerjaya nyanyiannya seawal umur 12 tahun di dalam kumpulan pop rock remaja iaitu Exist pada tahun 1991.

Mamat meninggalkan kumpulan Exists pada tahun 1994 dan mengeluarkan album solo pertamanya pada 1995 serta mendapat perhatian ramai.

Mamat pernah menghilangkan diri sebelum kembali menyertai pertandingan Gegar Vaganza pada 2014 dan selepas tamat dari pertandingan tersebut mamat kembali menyepi dan menyendiri.

“Lain Dah Muka Mamat Exist”

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik @warungsiputsedut yang meraih perhatian ramai.

Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 828 ribu, tanda suka sebanyak16 ribu dan 1 ribu 5 ratus komen serta perkongsian hampir 3 ribu.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Mamat Exists menyanyikan lagu popularnya suatu ketika dahulu iaitu “Untukmu Ibu”.

@warungsiputsedut

untuk castamer warung siput sedut jb tampoi

♬ Untukmu Ibu – Alqibni

Menerusi video tersebut, Mamat dilihat diminta untuk menyanyikan sebuah sedikit rangkap lagu Untukmu Ibu dan beliau kelihatan senang melayan permintaan tersebut.

Akan tetapi, keadaan fizikal Mamat menjadi bualan ramai kerana dilihat semakin kurus dan boleh dikatakan ramai orang seakan tidak percaya itulah Mamat Exist yang pernah terkenal satu ketika dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen turut tertanya-tanya mengapa Mamat kelihatan semakin kurus dan bimbang dengan perubahan fizikalnya.

Apa-apa pun, semoga Mamat Exists sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T dan diberikan kudrat bagi menghiburkan peminat-peminat yang masih setia menyokongnya sehingga ke hari ini.