Kecewa masakan yang dipesan rasa tawar, pelanggan tulis teguran atas nota kecil letak atas meja makan

Kecewa masakan yang dipesan rasa tawar, pelanggan tulis teguran atas nota kecil letak atas meja makan

 

Walaupun kecewa rasa masakannya yang dipesan tawar, seorang pelanggan hanya menulis teguran di atas nota kecil yang diletakkan atas meja makan.

Bukan pelanggan baru, dia sudah biasa membeli makanan di kedai tersebut namun baru-baru ini rasa masakan tersebut dikatakan semakin hambar.

Menerusi hantaran di Facebook Makan Sedap, Norazida menjumpai satu nota diletakkan bersama makanan yang sudah habis.

“Sudah dua kali saya datang, dua-dua datang tak sedap macam dulu dah. Tom yam apa ini, tak ada rasa masam, pedas, manis, lemak.

Cuma rasa udang kering je lebih, sedihnya,” ujar tulisan dalam nota tersebut.

Umum tahu kebanyakan pelanggan sekarang lantang bersuara dan menegur secara berhadapan yang sedikit sebanyak menjatuhkan air muka peniaga.

Ini menyebabkan cara pelanggan yang sekadar meninggalkan nota ini dipuji pemilik hantaran.

“Siapa nak tegur tetapi malu-malu boleh buat surat macam ini. Harap dia masak sedap sikitlah selepas ini, tulis bukan main lagi macam ini.

“Tegur sebab sayang, jangan salah faham,” katanya di Facebook Sedap Makan.

Rata-rata warganet turut memuji cara pelanggan yang dilihat amat sopan itu.

“Buat macam ini pun bagus, bagi dekat tauke sendiri. Tetapi harap-harap dapat terima dengan hati terbukalah.

“Ya lah, pelanggan bukannya marah dengan memalukan tauke dan staf kedai makan pun kan.

baik teguran macam ini jadi tuan kedai yang sendiri tahu masalah masakkan dia dari kita tegur depan-depan aibkan saja,” antara komen warganet.