Kecewa!!! Pengarah Kesihatan Terengganu luah geram

Kecewa!!! Pengarah Kesihatan Terengganu luah geram

KLUSTER LADANG BUKIT.

Rintihanku tidak didengari
Kluster baru muncul lagi
Ladang Bukit nama diberi
Namanya gah tidak terperi
Tapi kes muncul setiap hari
Akhirnya tersebar serata negeri
Rt hari ini 1.14, tertinggi lagi
Sampai bila harus begini

Kluster Ladang Bukit melibatkan jangkitan di tempat kerja di Kerteh dan akhirnya merebak ke komuniti. Sehingga kini seramai 96 kes positif dikesan dari kluster ini dimana 49 adalah pekerja manakala 47 orang adalah ahli keluarga. Seramai 1023 kontak rapat berjaya dikesan.

Awalnya kes dikesan dari seorang pekerja yang mempunyai gejala. Rupanya ada seorang pekerja yang dikesan positif didapati berulang alik ke sebuah negeri kerana isteri dan anak tinggal di sana.

Iktibar dari mana2 kluster adalah ahli keluarga akan menjangkiti ahli keluarga yang lain. Kita pun tahu pematuhan SOP sangat sukar dikalangan keluarga.

Anak2 yang dijangkiti akan ke sekolah. Mungkin menjangkiti pula rakan sekelas dan guru mereka. Untuk kluster ini seramai 5 pelajar dan (1) guru dari 6 sekolah rendah telah dijangkiti.

Bila kes positif masuk bekerja, mereka akan menjangkiti rakan sekerja pula. Apalagi kalau tempat kerja yang sempit dan sesak. Apalagi mereka bekerja bersama2 selama 14 jam sehari. Hasilnya seramai 49 dari 161 orang pekerja tadi dikesan positif serentak. Ini bermaksud transmisi telah lama berlaku. Orang kata lama dah KKAMIR.

Kita akui pematuhan SOP di rumah sangat sukar tetapi PEMATUHAN SOP oleh pekerja dan majikan di tempat kerja adalah MESTI bagi mengelakkan penularan yang besar seperti yang berlaku di Ladang Bukit ini.

Sudah setahun lebih kita bercakap mengenai KEPATUHAN SOP. Orang kata bercakap benda TULER jer. Tapi benda tuler jika diulang2 sepatutnya melekat kat hati. Rupanya tidak. Pelanggaran SOP masih boleh dilihat di mana2.

Kita setuju RENTAS NEGERI tidak boleh selamanya dilarang. Sampai masa ia akan dibuka semula. Pokok pangkal masih perlu kepada PEMATUHAN SOP dan ia sepatutnya sudah menjadi NORMA BARU oleh kita semua.

Semoga Ladang Bukit tidak menjadi kembar Makekar yang ngeri nya masih terasa.

Merenung sayu Peta Terengganu yang telah berubah warna dalam sekelip mata 🥲

Dah daftar belum untuk suntikan vaksin tu?😊

Pesanan #PKNTrg

Dr Nor Azimi binti Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu