Kecewa ramai selebriti buka tudung, Noorkhiriah beri teguran – “Kalau dah..”

Kecewa ramai selebriti buka tudung, Noorkhiriah beri teguran – “Kalau dah..”

Pelakon Noorkhiriah berasa sedih dan kecewa dengan tindakan segelintir selebriti wanita yang sudah tidak lagi mengenakan hijab.

Pesanan & nasihat

Noorkhiriah

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie menegur perbuatan menanggalkan tudung tersebut yang dilihat bercanggah dengan tuntuan agama.

Bagaimanapun, Khiriah memilih untuk tidak menyebut nama mana-mana individu.

Bukan tugas kakak untuk menilai, kakak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik..nak jadi macam yang itu, yang ini.

Sebolehnya hati kena kental adik, kalau tidak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada.  Sedih jugak sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing.

Sebagai saudara sesama Islam, aktres berusia 44 tahun ini juga menitipkan pesanan dan dalam masa yang sama berharap agar mereka dapat kembali ke jalan benar.

Kakak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu. Tak ada apa yang nak ‘dikepok-kepok’ lagi.

Cuma pesan kakak bila dah puas ‘kepok-kepokkan’ cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah Allah yang pernah dapat dulu. Sebab tak semua Allah campakkan.

Maaf andai tulisan kakak mengguris, tapi kakak sebagai saudara seislam itu tanggungjawab kakak supaya bila di tanya Allah nanti sekurang-kurangnya Allah tahu kakak dah berpesan.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur menegaskan bahawa hantaran tersebut hanyalah satu peringatan ikhlas untuk semua dan juga buat dirinya.

Berpesan-pesanlah pada kebaikkan walaupun kita bukan orang yang baik. Kita masing-masing sedang diuji cuma ujian itu berbeza-beza. Ingatan tulus dari kakak buat semua saudara Islam termasuk diri kakak sendiri.