Kecoh bekas suami belikan daging khinzir untuk anak, peniaga cerita hal sebenar

Kecoh bekas suami belikan daging khinzir untuk anak, peniaga cerita hal sebenar

Alangkah terkejutnya seorang insan bergelar ibu, apabila terima beberapa keping foto daging mentah yang dihantar oleh anaknya semasa tiada di rumah. Meskipun tidak cepat melatah salahkan pembeli atau penjual, namun dia mengesyaki bekas suaminya telah belikan daging khinzir untuk santapan keluarganya.

Tanya beberapa kenalan Cina & jawapan semua diberi adalah itu daging B.A.B.I…mereka larang kami makan

Terdahulu, daging berkenaan didakwa dibeli daripada seorang penjual Melayu di sebuah pasar basah di Permatang Pauh. Bagaimanapun, anak-anak Cekta Hermosa berasa ragu-ragu apabila warnanya bertukar menjadi putih sesudah dimasak. Bagi mendapatkan kepastian, wanita ini turut ‘forward‘ gambar daging tersebut kepada beberapa kenalan berbangsa Cina dan mereka semua sahkan ia adalah daging khinzir.

 

Hati sedih & kecewa bila anak cerita…Papa lempar kata kesat kat depa 3 beradik sebab bagitau Mama

Lebih menyayat hati, bekas suaminya dikatakan naik berang apabila keraguan itu diadukan kepada Cekta. Dia bahkan bertindak sanggup mengugut serta lemparkan kata-kata kesat terhadap 3 beradik itu, sambil menafikan ‘daging pucat’ pembeliannya adalah daripada khinzir.

Anak penjual daging call jelaskan ia bukan dari kedai ayahnya…jadi tak pasti bekas suami beli dari mana

Dalam perkembangan terbaru, Cekta dedahkan anak kepada penjual daging di Permatang Pauh itu telah hubunginya bagi memberi penjelasan berhubung isu viral tersebut. Memandangkan ayahnya hanya berniaga sumber daging yang dijamin halal, maka wanita ini tidak pasti dibeli bekas suaminya beli dari kedai mana. Dalam waktu yang sama, dia turut memohon maaf secara terbuka kepada penjual daging tersebut sekali gus mahu imejnya dibersihkan di mata netizen.