Kecoh!!! Di mana Rauf ketika Sulaiman mengangkat sumpah Ketua Menteri?

Kecoh!!! Di mana Rauf ketika Sulaiman mengangkat sumpah Ketua Menteri?

Perebutan jawatan Ketua Menteri dikalangan Rauf dan Sulaiman bukan lagi dianggap rahsia kebelakangan ini. Meskipun menjadi Ketua Menteri sebelum ini, Sulaiman hanya selayaknya digelar ‘puppet’ kepada Ab Rauf.

Ini didedahkan sendiri oleh Idris Harun, bekas ADUN Sungai Udang tatkala bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan negeri Melaka sebelum ini.

Menurut Idris, meskipun telah dipersutujui satu-satu keputusan di dalam mesyuarat Exco, ianya perlu melalui tapisan Rauf terlebih dahulu. Selepas mendapat perkenan Ab Rauf, barulah keputusan itu boleh dimuktamadkan. Malah seringkali keputusan Exco berubah selepas Sulaiman mengadap Rauf.

Maka audah tentulah, selepas mendapat lesen penuh menjadi ADUN bagi melayakkan sesiapa dicalonkan menjadi Ketua Menteri, maka Rauf didakwa bertindak secara senyap melancarkan pelan B.

Menurut sumber yang dipercayai, Rauf yang memegang pundak Ketua-Ketua Bahagian UMNO hanya perlu mengadakan kenyataan bersama menyokongnya sebagai Ketua Menteri, seperti yang dilakukannya ketika menolak kerjasama dengan Bersatu tempoh hari.

Namun, ternyata Sulaiman bukan calang-calang anak untuk dipermainkan. Dia bertindak pantas memintas usaha tersebut.

Majlis mengangkat sumpah diadakan pada tengah malam.sejurus selepas diumumkan kemenangan BN, walhal dengan majoriti 2/3 sudah tentu tiada apa yang perlu dirisaukan. Tidak munasabah menjadikan alasan risaukan ADUN mampu melompat ke pihak yang kalah teruk semata-mata untuk menubuhkan kerajaan lain.

Malah tindakan mengadakan istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru secara tergesa-gesa juga mengundang rasa pelik dari kalangan pengamal media.

Utusan Malaysia, media milik UMNO antara yang turut membangkitkan persoalan terhadap tindakan tersebut dengan meletakkan kapsyen ‘kenapa tergesa-gesa’ dalam hantaranya di FB.

Portal Utusan Malaysia lewat malam tadi melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada pukul 12.58 tengah malam tadi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar 21 kerusi.

Turut hadir menyaksikan acara angkat sumpah itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun sedikit menghairankan apabila nama Pengerusi UMNO Melaka, Ab Rauf tidak disebut antara yang hadir dalam upacara tersebut. Malah jika terbukti dia sememangnya tiada dalam senarai kehadiran tersebut, ianya menguatkan lagu desas desus yang dimainkan musuh politknya itu.

Meninjau laman FB Ab Rauf juga tiada status kemaskini terbaru mennampilkan gambar-gambar sekitar upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri tersebut.

Sewajarnya, UMNO Melaka bertindak segera menjelaskan isu yang berbangkit sebelum ianya dimainkan dengan lebih galak oleh pihak pembangkang selepaa ini.

Dengan kenyataan itu juga nanti, dapatlah Sulaiman meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh berpunca dari polemik kepolitikan yang tidak berkesudahan ini dengan lebih harmoni dan lancar, tanpa sebarang ugutan dan politik dendam.