Kecoh!!! Hospital Shah Alam tamatkan khidmat pengurusan jenazah muslim oleh Ngo

Kecoh!!! Hospital Shah Alam tamatkan khidmat pengurusan jenazah muslim oleh Ngo

Hospital Shah Alam (HSA) menghentikan perkhidmatan pengurusan jenazah Covid-19 beragama Islam oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Berdasarkan memo yang tular bertarikh 21 Julai yang ditandatangani Pengarah HSA, Dr. Ruzita Othman itu memaklumkan pemberhentian pengurusan itu berkuat kuasa serta merta.

Katanya, ini bagi memastikan pematuhan kepada syariah dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Pihak pengurusan hospital akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Difahamkan pemberhentian khidmat itu hanya melibatkan pengurusan solat dan tayammum terhadap jenazah Islam sementara urusan pengangkutan masih boleh menggunakan khidmat NGO.

Perkara itu mendapat perhatian netizen dengan menyatakan NGO ingin membantu mempermudahkan urusan tanpa mengambil sebarang keuntungan.

“Ini mesti ada yg sakit hati sebab job (tugas) menguruskan jenazah diambil alih orang lain. Sejak akhir ini yang rajin buat kerja amal asyik ditindas sahaja,” kata pengguna Shawali Jamal.

Memo yang tular berhubung pemberhentian khidmat pengurusan jenazah Covid-19 oleh NGO.

Memo yang tular berhubung pemberhentian khidmat pengurusan jenazah Covid-19 oleh NGO.

Terdapat juga netizen berangapan memberikan masa rehat kepada NGO terlebih dahulu yang sebelum ini berhempas pulas menguruskan jenazah Covid-19.

“Saya anggap mungkin mereka hendak team abang (NGO) dan team-team lain rehat dulu kot. Dorang (HSA) mungkin tahu banyak team yang membantu ini penat. Semoga urusan kita semua dipermudahkan,” jelas Aliman Ghazali.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah dikenali Wan Cai ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya terkejut berhubung memo tersebut susulan enam jenazah diuruskan di HSA tanpa sebarang masalah.

“Tidak tahu agenda notis dikeluarkan dan patuh syariah bagaimana lagi hendak. Bagi saya, memo berkepentingan kepada satu pihak,” jelasnya.

Sumber– K! ONLINE