Kecoh isu Hattan, ini senarai 5 artis otai kena pastikan buat ‘homework’ dulu sebelum temuramah

Kecoh isu Hattan, ini senarai 5 artis otai kena pastikan buat ‘homework’ dulu sebelum temuramah

 

INSIDEN kontroversi melibatkan Datuk Hattan dengan penyampai berita stesen televisyen swasta, Nur Syazwani Saiful Sham kerana tidak membuat kajian sebelum bertanyakan soalan menjadi tular di media sosial.

Pertanyaan tersebut melibatkan penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC memandangkan vokalisnya, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia pada Khamis.

Disebabkan itu, ramai yang meluahkan pandangan masing-masing dan mengatakan tindakan penyanyi lagu Mahligai Syahdu agak keterlaluan serta tidak menghormati pengamal media.

Tidak kurang itu, ada juga yang menyifatkan perbuatan Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin sebagai ‘teguran’ agar pengamal media membuat persediaan sebelum sesi temu bual.

Ada juga mendakwa Hattan bertindak demikian kerana statusnya sebagai bintang senior dan memulakan kerjaya sekitar 1980-an.

Selain Hattan terdapat beberapa selebriti ‘otai’ lain yang diharapkan agar melakukan persediaan sebelum mengajukan soalan.

Datuk M.Nasir

majoriti2023 (2)

Penyanyi yang terkenal dengan penghasilan lagu puitis, Datuk M.Nasir, 65, atau terkenal dengan jolokan sifu antaranya artis disegani dalam industri muzik tempatan.

Antara lagu yang dihasilkan beliau ialah Mustika, Apokalips, Mentera Semerah Padi, Raikan Cinta dan Phoenix Bangkit Dari Abu.

Sedikit fakta mengenai kontroversi melibatkan M.Nasir, namanya pernah disenarai hitam oleh media gara-gara ucapan ’Siapa Mahathir?’ pada 1996.

Bagaimanapun, pada 2017, M.Nasir atau Mohamad Nasir Mohamed, 65, membuka mulut mengenai perkara itu, namun masih enggan mengulas panjang tentang hal tersebut.

Datuk Ramli Sarip

majoriti2023 (5)

Lima dekad bergelumang dalam industri hiburan, Datuk Ramli Sarip atau digelarkan Papa Rock antara ‘pejuang’ muzik rock yang mempunyai pengikutnya tersendiri.

Sebelum ini, Ramli, 70, pernah mengatakan bahawa kemasyhuran antara penyebab penggiat seni lupa diri dan tersasar daripada matlamat sebenar sebagai penghibur.

Perbezaan antara awal penglibatan dalam industri yang tidak mendapat bayaran lumayan berbeza dengan artis zaman kini.

Fauziah Ahmad Duad

majoriti2023 (6)

Seorang lagi pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa sebagai Ogy, 60, antara anak seni yang masih relevan sehingga ke hari ini.

Tuah watak Asmida dan Azura dalam filem Ali Setan serta Azura membuatkan dirinya diingati. Bahkan kedua-dua filem tersebut masih ditayangkan di televisyen meskipun sudah tiga dekad berlalu.

Sebelum ini, Ogy dikatakan berang apabila adiknya, Fazlina Ahmad Daud terpalit kontroversi menampar penyanyi Aiman Tino di set penggambaran Mak Cun.

Insiden itu difahamkan berlaku pada 2018 ketika Fazlina dan Aiman menjalani penggambaran bersama.

Disebabkan itu, beliau menasihatkan adiknya agar jangan melibatkan diri dengan melakukan perkara yang memalukan keluarga terutama ibu dan bapa.

Namun, insiden tersebut dikatakan berlaku kerana Aiman sukar untuk menjiwai watak iaitu untuk melakonkan babak sedih dan marah serentak.

Kemudian Fazlina membantunya untuk menterjemahkan watak tersebut dan menamparnya. Bagaimanapun Aiman tidak mudah melenting kerana dia faham tentang tindakan pelakon senior itu.

Eman Manan

majoriti2023 (1)

Aktor Eman Manan, 65, mula melibatkan diri dalam industri hiburan sekitar 1980-an menerusi filem Tsu Feh Sofiah arahan Datuk Rahim Razali.

Sejak itu, kerjayanya terus berkembang dan mampu bertahan setelah empat dekad dalam industri.

Oleh itu tentu sahaja bekas suami kepada aktres Fauziah Ahmad Daud itu mempunyai pengalaman dan ilmu yang diperoleh daripada kerjaya lakonannya.

Antara filem lakonan beliau yang masih berkesan sehingga hari ini ialah Lenjan,Haru Biru, Wayang dan Buai Laju-Laju.

Selain naskhah layar perak, beliau turut terlibat dengan drama dan telefilem seperti Tahajjud Cinta, Jihad Iskandar, Pok Ya Cong Code: Memburu Siti, Terputusnya Sebuah Doa, Munajat Suci, Epok dan Takkan Gentar.

Erma Fatima

majoriti2023

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima memulakan kerjaya sebagai pelakon sekitar 1980-an dan mula berada di kerusi pengarah ketika mengarahkan filem Jimi Asmara (1995).

Erma, 55, antara pelakon senior yang masih dianggap relevan dan namanya juga kerap disebut-sebut peminat terutama melibatkan drama Perempuan Itu.

Masakan tidak, babak panas membabitkan aktor Zul Ariffin dan Siti Hariesa membuatkan nama Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ketujuh (2000) hangat diperkatakan.

Susulan perkara itu, Erma menyifatkan hal tersebut sebagai pengajaran buat dirinya dan teguran ALLAH terhadap perkara yang berlaku.