Kecoh isu “isteri cerminan suami” di media sosial
Satu bebenang ciapan di Twitter yang ditulis oleh wartawan, pengacara, penerbit dan aktivis terkemuka, FINAZ YUNUS (@FinazYunus) menjadi tular kerana telah menjadi topik perbahasan hangat di media sosial.
Didapati beberapa pempengaruh media sosial popular turut mengambil kesempatan mengulas mengenai isu “isteri cerminan suami” tersebut menerusi status dan hantaran masing-masing di Facebook sehingga menerima ribuan Comments, Likes dan Shares hanya dalam masa beberapa jam!
Ruangan komen juga dipenuhi dengan ‘serangan’ dari netizen yang sibuk nak masuk campur dan melontarkan pandangan mereka. Antaranya seperti berikut:
“Isteri cerminan suami pada aku selalu perempuan guna bila dia buat salah tapi taknak mengaku salah then nak letak salah kat lelaki lol”
“Ini ujian masing-masing. Bukan salah suami semuanya, bukan salah isteri semuanya. Kita tak diuji sedap je cakap….”
“Haha betoi. Semua salah lelaki. Bagi kat depa semua. Bagi bagiiii….”
“Ya, saya pun tak setuju. Sebab Asiah isteri Firaun langsung tak mencerminkan Firaun. Macam saya, tengok cermin, langsung takde rupa suami!”
“Kena faham apa maksud cerminan suami tu.”
Namun, di sebalik itu, didapati ramai sebenarnya yang hanya melihat pada tangkap layar pertama bebenang tersebut sahaja yang sebelum ini menjadi viral tanpa benar-benar memahami konteks penulisan dan perbincangan sebenar yang ingin disampaikan oleh Finaz.
Ciapan tersebut sebenarnya mengandungi 4 bahagian. Berikut merupakan bebenang lengkap yang mengandungi kesemua bahagian tersebut.
Jom sama-sama kita baca dan buat kesimpulan.
1/4 Terimalah hakikat bahawa isteri cerminan suami.
Saat isteri meroyan, merentan tentang rumah tangga di media sosial, kita selaku manusia yang punya akal, kena lihat bagaimana suaminya menyantuni isterinya di rumah.
2/4 Isteri yang terkawal emosinya lahir dari rumah yang ‘sihat’ penuh mawaddah dan rahmah.
Sudah pasti emosi si isteri bergantung sejauh mana kebijaksanaan si suami mengendali bahtera rumah tangga.
3/4 Mengetepikan isteri dalam hal HATI & JIWA nya adalah kesalahan besar setiap suami yang ingin berpoligami.
Jika daripada awal pun dah SALAH, hari-hari sukar sedang menanti rumah tangga ini.
Saya simpati pada setiap isteri yang diperlakukan begini.
4/4 Semoga kalian diberi kekuatan, ketabahan dalam mendepani kehidupan seterusnya.
Usah biarkan kebencian, kesedihan, kemarahan kuasai diri.
Wahai isteri, Anda BERHAK bahagia.
——
Apa pendapat anda? Setujukah anda dengan “isteri cerminan suami”? Bincangkan.