Kecoh!!! Isu kelulusan tanah 200 ekar kepada koperasi : Razman berdolak dalih, Akmal gagal dihubungi
Yb Pak Teh, saya dan rakan NGO tidak bercakap soal pencerobohan. Kita tahu SADC telah beri kebenaran pajakan kpd Koperasi.
Isunya adalah
1.kerosakan alam sekitar
2.tiada laporan EIA
3.tiada kebenaran merancang
4.mengabaikan kepentingan nelayan pantai
5.keupayaan koperasi bernilai RM4000 mengusahakan tanah seluas 200 ekar.
6.pihak ke 3 menceroboh tanah rezab JPS untuk bina jalan menuju ke tapak projek. Sedangkan tiada permohonan kpd JPS.
Saya ada bersama-sama Pak Teh dan Pegawai Kanan SADC ketika lawatan mengejut Pak Teh tengah hari tadi walaupun saya tidak maklumkan langsung Pak Teh dan SADC nak mai. Kebetulan pula saya berada di kawasan tersebut.
Apa yang perlu sekarang ini, pihak SADC hendaklah menghentikan serta merta projek ini sehingga satu penyelesaian dapat dicapai berkaitan isu-isu berbangkit.
Saya bercakap dan perjuangkan bagi pihak nelayan pantai Melayu dan kelestarian alam sekitar.
#NegaraRahmah
#khidmatKpdRakyat
Hasnul Zulkarnain