“Kecoh satu malaya, macam kes kerat orang” – Umie Aida ‘back up’ kes sondol anak Abby & Norman?

“Kecoh satu malaya, macam kes kerat orang” – Umie Aida ‘back up’ kes sondol anak Abby & Norman?

 

Sejak beberapa hari kontroversi anak Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania hangat menjadi bualan di media sosial.

Perkongsian Datin Umie Aida semalam meraih perhatian selepas dia dipercayai memberi pendapat berhubung kontroversi berkenaan.

Meskipun tidak menyebut nama atau pun mana-mana isu secara terperinci namun ramai berpendapat Umie seolah-olah mengaitkan tentang hal terbabit.

Dari semalam me buka IG semua pasal isu tu. Bukan me nak back up , tapi please lah. Bagi ruang untuk mereka selesaikan masalah itu. Ingat.. ujian kita di hari akan datang kita tak tahu. Maka berdiam adalah yang terbaik.

Bagaimanapun, hantaran Umie itu menerima kritikan sesetengah warganet kerana disifatkan seperti ‘pilih bulu’ apatah lagi ia melibatkan isu mengganggu rumah tangga orang lain.

Kata individu, apabila orang awam yang tular disebabkan hal rumah tangga boleh pula golongan artis komen dan kecam tetapi suruh warganet beri ruang apabila ia melibatkan geng selebriti.

Bila anak geng geng artis suruh dia bagi ruang. Kalau orang awam, 3 keturunan pakat kecam. Artis  artis pun join kecam.

komen