Kecoh!!! Tidak sampai 5 hari pegang jawatan, Ketua Pengarah JPT arahkan pelantikan NC UiTM ditangguhkan

Kecoh!!! Tidak sampai 5 hari pegang jawatan, Ketua Pengarah JPT arahkan pelantikan NC UiTM ditangguhkan

Kita dikejutkan dgn kemelut jawatan Naib Cancelor (NC) Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi yang baru dilantik secara SAH oleh Mantan Menteri Pengajian Tinggi oleh DS Dr Noraini Ahmad pd 2 Ogos 2021.

Tapi tak sampai 5 hari, pelantikan Prof Dr. Roziah telah ‘ditangguhkan’ oleh KP JPT secara tiba-tiba.

Penangguhan yang dilakukan oleh KP JPT Prof Dr. Husaini ini menimbulkan tanda tanya kerana lantikan ini berlaku dgn secara tertib & tindakan seorang Ketua Pengarah mendahului Menteri, pada hemah saya tidak mengikuti Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU)

Adakah dengan ketiadaan Menteri, seorang KP berhak untuk menukar NC semudah itu?

Lepas itu, betul ke cerita yang saya dengar mengatakan adanya campurtangan politik untuk melantik seorang TNC yang juga ‘abang’ kepada seorang yang SANGAT berpengaruh di pejabat Perdana Menteri?

Tapi sayanglah, buat semua pelajar dan alumni UiTM yang bakal kehilangan seorang individu yang sangat berkaliber & lebih membanggakan lagi apabila beliau adalah WANITA PERTAMA dilantik menjadi Naib Cancelor UiTM.

Tetapi hanya dengan pengaruh dan kuasa, saya khuatir tindakan KP JPT ini akan memberi kesan yg tidak baik terhadap pembangunan UiTM.

Wpun ada desakan terhadap DS Dr Noraini Ahmad ketika ingin melantik NC ini, beliau tetap melantik Prof Roziah without fear or favour.

Saya mahu KP JPT untuk merujuk kembali AUKU dan jangan mudah diperalatkan oleh individu yang mempunyai kepentingan peribadi.

Tak kisah lah pejabat PM ke, TNC ke, buat macam DS Dr Noraini Ahmad cuba buat. Lantikan berasaskan merit, bukan politik.

Jangan biarkan maruah Universiti UiTM tercalar, hanya kerana ingin memuaskan nafsu politik seorang individu dan jangan biarkan kubah hijau mencampuri lagi mana-mana pelantikan NC di IPTA seluruh negara.

Enough is enough!

Mungkin jarang dengar berita ini di media kan?

Kerana difahamkan ada tangan-tangan ghaib yang mahukan cerita ini tenggelam agar proses pelantikan NC baharu yang kumpulan ini inginkan dapat berlaku secara lancar.

Wallahu a’lam.

UiTM, di hatiku, gituuuu.