Kecoh Zul Ariffin lawat Kota Al-Ula, ini respon Ustaz Don Daniyal

Kecoh Zul Ariffin lawat Kota Al-Ula, ini respon Ustaz Don Daniyal

 

Beberapa hari yang lalu, pelakon Zul Ariffin, dikecam ramai kerana menjejakkan kakinya ke Kota Al Ula, di mana kawasan itu merupakan kawasan yang dilarang dikunjungi oleh umat Islam.

Menurut perkongsian pelakon itu sendiri, video percutian itu dimuat naik dalam aplikasi TikTok pada 13 Ogos lalu.

“Makin dilarang pergi ke Kota Al Ula, makin ramai yang pergi,” kata netizen yang juga peminat pelakon berkenaan.

Nama asalnya, Madain Saleh

Untuk pengetahuan umum, Kota Al Ula merupakan tempat turunnya azab Allah SWT kepada kaum Nabi Saleh. Bahkah ketika hayat Rasullah SAW, baginda mengelak daripada singgah di lokasi berkenaan.

Namun pada hari ini, kerajaan Arab Saudi menjadikan Kota Al Ula atau nama asalnya, Madain Saleh, sebagai tempat pelancongan.

Isu itu turut dibincangkan oleh penyampai stesen radio Suria bersama Ustaz Don Daniyal yang menurutnya netizen perlu bertenang dan mengawal diri dari melemparkan kecaman terhadap Zul Ariffin.

“Sebelum semua orang nak bercakap macam-macam, pertama sekali bawa bertenang dulu. Jangan marah, tambahan pula yang pergi itu kawan kita. Dia hanyalah seorang pelakon, dia bukannya orang alim. Kita nak marah dia macam dia orang alim, bersabarlah.

“Kalau saya yang pergi misalnya, bolehlah orang pertikaikan apa ustaz ni? Sebelum nak kata tak boleh pergi ke tempat itu dan sebagainya, kena tengok macam ni.

Apa tujuan nak ke Kota Al Ula?

“Memang betul hadis nabi clear, nabi kata tempat-tempat azab apa semua ni jangan (dikunjungi). Kalau boleh, lalu laju tempat azab ini. Madain Saleh ini kan tempat kaum Nabi Saleh. Nabi Saleh punya kaum ini nak kata punya dahsyat, dia mai satu suara jerkah, depa mati semua. Itu yang Kaabah hancur tu, Nabi Ibrahim buat balik.

“Bayangkan punya gangster tu, punya dahsyat tempat tu. Jadi tempat itu, nama Madain Saleh, memang di tengah padang pasir betul. Jadi tempat itu orang kenal sebagai tempat azab.

“Sekarang ini, point dia simple saja. Tempat itu memang tempat yang Allah turunkan azab. Apa tujuan kita pergi ke sana? Sekiranya kita pergi untuk nak tengok tempat yang Allah turunkan Azab dan mengambil iktibar untuk kita, pergi tengok dan patah balik sudah cukup.

“Yalah, kalau tidak, kalau orang tanya saya, “Ustaz, berapakah jarak di antara tempat Madain Soleh ini yang suara tu boleh sampai hancurkan Kaabah semua sekali.” Allah, saya pun tak tahu sebab tak pernah pergi. Haa, kan rugi?

“Cuba kalau saya pergi, saya boleh beritahu tuan-tuan jarak dia dalam 5 peratus, contoh 200 atau 300 kilometer. Bayangkan suara itu punya kuat sampai mana. Kita boleh cerita sebab kita dah pergi.

“Jadi sekarang ni, kalau yang pergi ke sana untuk tidur di sana, bercuti di sana, buat event di sana, yang itu barulah kita persoalkan. Kenapa kalau setakat kawan kita (Zul Ariffin) pergi sekerat, minum dan patah balik, jangan,” katanya.

@dheeyafarhana.kadon

Kawasan diturunkan azab, memang nabi suruh kita bergerak laju keluar dr tempat tersebut. Kota Al Ula ni makin dijadikan kawasan perlancongan. sebaiknya jika nak mengambil ibrah,ustaz don kata boleh. tp jika dtg untuk melancong, saya x tahu. @saysseismik ada share details tentang KOTA AL ULA

♬ original sound – dheeyafarhana – dheeyafarhana