Kecut perut selepas diugut saman, PU Syed didakwa padam perkongsian fitnah terhadap Husam

Kecut perut selepas diugut saman, PU Syed didakwa padam perkongsian fitnah terhadap Husam

Kegiatan menabur fitnah di kalangan agamawan yang cenderung terhadap parti Pas dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Selepas pendakwah popular, Ustaz Ahmad Dusuki yang pernah menjadi calon Pas PRU 2018 di salah sebuah Dun Selangor kalah saman fitnah terhadap mantan Menteri Agama PH berkaitan isu aset TH baru-baru ini, muncul lagi seorang agamawan bakal disaman sedikit masa lagi.

Individu dimaksudkan ialah PU Syed, yang sebelum ini begitu lantang mengkritik setiap tindakan yang dibuat oleh kerajaan PH selama 22 bulan memerintah.

Disangka panas hingga ke petang, kelantangannya mengkritik kerajaan menjadi kendur selepas Pas menjadi komponen kerajaan persekutuan menerusi ‘Langkah Syaithon’ dirancang oleh presiden parti yang disokongnya, Hadi Awang.

Dia kemudiannya memilih untuk menjadi pengkritik tetap kepada golongan artis yang gagal menampilkan akhlaq Islamiyah seperti diperjuangkan pemimpinnya sewaktu menjadi pembangkang dahulu.

Menerusi insiden terbaru, PU Syed dikesan telah berkongsi satu hantaran video yang diterbitkan Raja Petra Kamaruddin denhan tujuan memburukkan Husam Musa, calon PRU-15 parlimen Pasir Mas mewakili PH.

Malangnya, perkongsian video fitnah tersebut mendapat respon pantas oleh Husam yang membuat amaran keras akan menyaman sesiapa yang terlibat menjaja fitnah RPK tersebut.

Amaran tersebut dikongsi oleh individu rapat dengan Husam bernama Syam Ghaz melalui satu hantaran di FB miliknya.

Posting ini dituju khas kepada 🐃

Siapa share posting fitnah Raja Petra fitnah Husam akan diambil tindakan mahkamah!

Husam dalam bab saman fitnah ni, 23 dari 25 kes semua dia menang. 2 lagi dalam perbicaraan.

Kelihatan Presiden Pas DS Hj Hadi, Timbalan Presiden Pas DS Tn Ibrahim, Naib Presiden Pas DS Shamsuri yang juga MB Terengganu bersama sama makan dengan Raja Petra

Gambar di bawah hanya contoh!

Sama-sama kita tolak parti kaki Fitnah pada PRU15 nanti. Share

Nak dengar jawapan Dato Husam sila ke sini; https://m.facebook.com/hjhusammusa/posts/655472862612738?source=xma_web_url

Admin

Menurut pengguna media sosial, PU Syed tanpa menunggu lama didapati telahpun membuang hantaran fitnah tersebut daripada laman sosial miliknya.

Seharusnya perkara seperti ini dijadikan pengajaran buat semua pengguna akaun media sosial supaya bertanggungjawab dengan sebarang perkongsian yang dilakukan mereka bagi mengelakkan berdepan tindakan undang-undang oleh pihak yang terlibat.