“Kedaulatan undang-undang” tidak lagi digunapakai – Tun M

“Kedaulatan undang-undang” tidak lagi digunapakai – Tun M

Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa “kedaulatan undang-undang” tidak lagi digunapakai, memandang beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang digugurkan oleh pendakwa raya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Semua ini mengikut undang-undang. Penjenayah boleh terlepas hukuman. Jenayah boleh dilakukan tanpa takut kepada undang-undang,” katanya dalam satu tulisan di blognya.

Mahathir memetik tiga contoh baru-baru ini, tanpa menamakan individu yang terlibat.

“Ini benar-benar sah dan mengikut undang-undang.

 

“Mungkin tidak lama lagi, seseorang yang disabitkan mencuri jutaan wang kerajaan akan diampuni. Ini juga adalah mengikut undang-undang.

Mahathir berkata, kedaulatan undang-undang adalah komponen penting dalam demokrasi tetapi cara undang-undang ketika ini diterapkan dengan cara yang tidak boleh dianggap demokratik atau adil.

Namun, semasa Mahathir adalah perdana menteri, beberapa kes jenayah berprofil tinggi juga digugurkan.

Ini termasuk perbicaraan rasuah yang melibatkan menteri kewangannya ketika itu, Lim Guan Eng dan beberapa perbicaraan hasutan yang melibatkan ahli politik Pakatan Harapan.

Selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkuasa, tuduhan rasuah terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman digugurkan oleh pendakwa raya.

 

Jabatan Peguam Negara juga bersetuju mencapai penyelesaian berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB terhadap bekas pembuat filem Hollywood, Riza Aziz dan mengugurkan tuduhan terhadapnya.

Baru-baru ini, pihak pendakwa raya juga mengugurkan tuduhan terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor kerana menerima suapan RM1 juta.

Tengku Mansor juga berdepan pertuduhan berasingan yang melibatkan rasuah RM2 juta.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/555443