Kehadiran Najib ke kuil Batu Caves berjaya tutup mulut agamawan ekstrem

Kehadiran Najib ke kuil Batu Caves berjaya tutup mulut agamawan ekstrem

Penganut agama Hindu hari ini bergembira menyambut perayaan Thaipusam meskipun dalam kebenaran yang terbatas oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Tahun ini merupakan tahun kedua mereka merayakan sambutan tersebut di bawah kerajaan yang didokong majoritinya dari parti bernuansakan kaum bumiputera Melayu beragama Islam.

Seperti biasa, isu perayaan selain melibatkan agama Islam seringkali mencetuskan perdebatan hangat dari kalangan agamawan, terutama mereka yang beraliran keras sewaktu menjadi pembangkang dahulu dalam menolak keraian melibatkan kebersamaan pemimpin Melayu Islam.

Malah, lebih menakutkan apabila mereka sewenang-wenangnya berhukum dengan pemimpin-pemimpin yang meraikan semangat muhibbah yang terlahir daripada kemajmukan masyarakat negara ini sekian lama.

Namun hari ini pendirian agamawan tersebut bakal teruji selepas tertularnya video melibatkan pemimoin Melayu Islam teragung di negara ini, Najib Razak yang dilihat bergembira bersama-sama penganut Hindu di Batu Caves.

Keberanian Najib hadir ke sambutan tersebut berserta kostum sama seperti dipakai penganut Hindu itu bakal mencetuskan persoalan samada pendirian agamawan ini kekal keras ataupun berjaya dilembutkan panglima Bugis ini.

Ayuh kita nantikan drama ini bersama-sama.