Kejam! Anak bunuh ibu kandung demi isteri tercinta

Kejam! Anak bunuh ibu kandung demi isteri tercinta

 

Sanggup mengangkat ibu yang baru menjalani pembedahan untuk membunuhnya. Apa yang telah seorang ibu lakukan hingga anak lelaki sanggup melakukan ini? Ibu yang membesarkannya hingga dia memiliki segala-galanya!

Kisah ini diceritakan oleh seorang pengguna Twitter bernama Yon. Beliau sering berkongsi kisah-kisah seram, sedih dan mengerikan di akaun Twitter miliknya. Jangan lupa untuk follow beliau!

Berikut ialah rentetan kisahnya

Cerita ini berlaku pada tahun 2017. Sandeep Nathwani, seorang lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai profesor di kolej farmasi di Rajkot, Gujarat.

Dia tinggal di sebuah apartmen mewah bersama isteri dan ibunya, Jayshree Nathwani, berusia 64 tahun.

Pada mulanya, Sandeep hanya tinggal berdua bersama isterinya di apartmen tersebut. Namun, selepas kehadiran Jayshree di apartmen itu, Sandeep dan isterinya kerap bertengkar.

Jayshree, seorang pesara guru, terpaksa tinggal bersama mereka kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot, memerlukan penjagaan daripada waris terdekat.

Kematian Jayshree

Kisah sebenar bermula pada 27 September 2017 apabila pihak polis Rajkot menerima maklumat tentang penemuan mayat Jayshree di kawasan blok bangunan.

Siasatan awal mendapati Jayshree mati bunuh diri dengan cara terjun dari tingkat atas bangunan apartmen tersebut, kemungkinan disebabkan putus harapan dengan penyakit yang dialaminya.

Menerusi keterangan Sandeep, dia mendakwa ibunya sempat memberitahu ingin keluar dari apartmen untuk bersembahyang sebelum kejadian.

Tidak lama kemudian, Sandeep didatangi oleh seorang pengawal keselamatan yang memberitahu mayat Jayshree ditemui di lantai tingkat bawah kawasan apartmen itu.

Pada bulan Januari 2018, tiga bulan selepas kes kematian Jayshree diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri, pihak polis menerima maklumat penting daripada individu tidak dikenali.

Yang mengejutkan, Jayshree bukanlah membunuh diri tetapi dibunuh oleh Sandeep sendiri.

Beberapa hari sebelum Jayshree ditemui mati, dia menjalani pembedahan kesihatan di hospital. Setelah proses bedah itu, Jayshree hanya mampu terlantar di atas katil, bermakna dia tidak boleh berjalan tanpa bantuan.

Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis memeriksa kamera litar tertutup di sekitar blok apartmen kediaman Sandeep.

Segalanya terbongkar

Hasil pemeriksaan itu mendapati Sandeep memapah ibunya menaiki tangga sebelum kembali masuk ke dalam apartmen secara bersendirian.

Sewaktu penangkapan awal, Sandeep menafikan penglibatannya dalam kematian Jayshree.

Namun, setelah ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup tersebut, dia akhirnya mengaku membunuh Jayshree dengan menolak jatuh ibunya dari tingkat atas apartmen itu.

Alasan Sandeep berbuat demikian ialah kerana dia tidak tahan lagi menjaga ibunya yang semakin uzur. Jayshree juga sering menjadi punca pertengkaran antara Sandeep dan isterinya.

Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes pada tahun 2021, Sandeep yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh ibunya sendiri telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Sungguh tak sampai hati melakukan perkara terkutuk ini kepada ibu sendiri. Sangat menyedihkan apabila kisah seperti ini berlaku.

Apa yang ada dalam kepala Sandeep ketika itu? Mujurlah hukumannya setimpal dengan perbuatannya. Jika hanya 12 tahun penjara, tentu sangat mengecewakan.