Kejam!!! Bayi 9 bulan maut dibunuh, diliwat suami pengasuh
Bayi yang maut dipercayai dibunuh pengasuhnya di sebuah rumah di Kelana Jaya pada 27 April lalu dipercayai telah diliwat suami kepada pengasuh.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemeriksaan dijalankan oleh seorang seorang pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh ketika mangsa dibawa ke sana mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur.
“Ketika itu, mangsa dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pengasuh.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan cedera pada dubur bayi berkenaan yang dipercayai telah diliwat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, Selasa.
Menurutnya, hasil bedah siasat turut mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur mangsa.
“Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.
“Selain itu, terdapat juga beberapa kesan koyakan di bahagian dubur mangsa dipercayai akibat benda tumpul,” katanya.
Sebelum ini, seorang bayi lelaki maut dipercayai dibunuh oleh pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kelana Jaya pada 27 April lalu. – SH