Kejam!!! Didakwa lepas tangan, ADUN Manjoi dedah tidak dibenarkan terlibat bantu penduduk di kawasan PKPD

Kejam!!! Didakwa lepas tangan, ADUN Manjoi dedah tidak dibenarkan terlibat bantu penduduk di kawasan PKPD

Pusat Khidmat ADUN Manjoi sentiasa bergerak aktif membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan ketika. Dan apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama, kedua dan ketiga, pusat khidmat menggandakan bantuan kepada masyarakat yang terjejas.

Dalam tempoh PKP 3.0 ketika ini, pusat khidmat ADUN Manjoi telah menyampaikan kepada masyarakat yang memerlukan hampir setiap hari. Selain diserahkan sendiri oleh ADUN Manjoi, Dato’ Haji Asmuni Awi, sumbangan berupa keperluan makanan ini juga disalurkan melalui mantan-mantan Ketua Kampung di zaman Pakatan Harapan memerintah. Mantan-Mantan Ketua Kampung ini telah mengenalpasti keluarga yang benar-benar memerlukan di kampung masing-masing.

Dalam tempoh PKPD yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan di Manjoi, pihak pusat khidmat tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan tersebut, hatta ADUN itu sendiri tidak dibenarkan masuk. Namun segala sumbangan tetap disalurkan melalui saluran yang dibenarkan walaupun agak terbatas. Lebih menyedihkan, ADUN Manjoi tidak dijemput dan dilibatkan bersama dalam segala mesyuarat berkaitan PKPD yang sedang dilaksanakan di dalam DUN Manjoi. Kehadiran Menteri Besar Perak hari ini di kawasan PKPD juga langsung tidak menjemput dan melibatkan ADUN Manjoi yang bertanggungjawab.

Untuk makluman, sumbangan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM200 ribu pula tidak diberikan melalui ADUN, sebaliknya disalurkan melalui Pejabat Daerah. Namun ia tidak menjadi asbab untuk pusat khidmat terus berkhidmat kepada masyarakat. Bantuan Covid19 sebanyak RM20 ribu kepada pusat khidmat sebelum ini telah disalurkan sepenuhnya sepanjang PKPD dilaksanakan. Sumbangan-sumbangan terus disalurkan, pusat khidmat dibuka bagi rakyat datang untuk memohon bantuan keperluan makanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut segala program, aktiviti dan sumbangan yang dilaksanakan, kita boleh mengikuti laman Facebook rasmi Dato’ Asmuni Awi. Facebook tersebut sangat aktif melaporkan segala program, sumbangan dan pergerakan ADUN sepanjang hari terutama ketika PKP dan PKPD yang sedang dilaksanakan ini. Untuk makluman semua, Pusat Khidmat Adun Manjoi tetap di buka sepanjang tempoh PKP/PKPD demi memastikan bantuan kepada yang layak menerima dapat di sampaikan.

PUSAT KHIDMAT ADUN MANJOI

Sumber: https://www.facebook.com/508187419354203/posts/1822901087882823/