Kejutan!!! Menteri UMNO dijangka bakal isytihar sertai Bersatu?
Menteri-menteri UMNO dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada bila-bila masa.
Sumber mengesahkan pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, memetik laporan Bernama.
“Ya, ada pertemuan hari (petang) ini,” kata sumber dengan syarat tidak dinamakan.
Seorang lagi pegawai di pejabat seorang menteri UMNO juga mengesahkan pertemuan tersebut.
Bagaimanapun, tidak dimaklumkan mengenai agenda pertemuan itu dan dipercayai ada kaitan dengan keputusan UMNO semalam.
Dalam pada itu, beberapa kenderaan yang membawa menteri-menteri berkenaan dilihat meninggalkan Pejabat Perdana Menteri kira-kira jam 6.45 petang tadi.
Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang reaksi daripada mereka gagal apabila kenderaan-kenderaan berkenaan tidak berhenti di hadapan pintu pagar.
Antara yang dikenal pasti hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli).
Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar Negeri). – AA