Kekasih baru Fizi Ali dikritik terlampau seksi, netizen tak restu?

Kekasih baru Fizi Ali dikritik terlampau seksi, netizen tak restu?

 

Penyampai radio, Fizi Ali baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sudah lama ‘move on’ daripada kegagalan perkahwinan pertamanya bersama pelakon Shakilla Khoriri.

Tambah Fizi, kini dia sudah bersedia untuk berkahwin lagi dan mengaku sedang bercinta dengan wanita dikenali sebagai Tiz.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang usahawan dan dia pernah bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian bersama Fizi Ali.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, ramai pula yang mula membuat perbandingan antara Tiz dan bekas isteri Fizi, Shakilla Khoriri.

Kata sesetengah netizen, Tiz dilihat terlalu seksi untuk dijadikan isteri malah ada yang mempersoalkan kemampuan wanita itu untuk menjadi ibu ‘segera’ kepada anak Fizi, Nur Ameena Sofia.

Netizen juga merasakan wajah Tiz sama seperti pelakon Sharifah Sakinah selain gaya pemakaian mereka berdua yang seakan sama.

Meskipun begitu, Fizi memaklumkan kekasihnya itu telah berjumpa dengan anaknya dan dilihat mudah mesra dan boleh menerima di antara satu sama lain.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla pernah bernikah pada 18 Februari 2018 dan bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 3 tahun.