Kelab Bayern Munich menyesal beli Sadio Mane, mahu jual serta merta

Kelab Bayern Munich menyesal beli Sadio Mane, mahu jual serta merta

 

Kelab Bundesliga, Bayern Munich kini mengakui yang mereka telah menyesal mendapatkan bintang Senegal iaitu Sadio Mane pada musim lalu.

Selepas berlaku insiden di mana Mane menumbuk rakan sepasukan, Leroy Sane, kini Bayern dalam proses untuk mendenda serta menjual pemain tersebut secara serta-merta.

Menurut laporan Sky Sport, tindakan Mane yang menumbuk Sane itu memberikan kesan sampingan berganda apabila beliau didenda dengan jumlah yang amat besar.

Selepas digantung daripada menyertai perlawanan menentang Hoffenheim, Mane dilaporkan didenda oleh pihak kelab dengan bayaran perlu dibayar sebanyak €300 ribu.

Jumlah itu cukup besar pada asasnya, malah lebih teruk kerana €300 ribu itu adalah nilai minima sahaja.

“Jumlah yang dikenakan adalah melebihi €300 ribu dan ini adalah satu denda yang cukup, cukup menyeksa Mane,” kata wartawan Sky, Florian Plettenberg.

Sebagai tambahan, denda yang dikenakan kepada Mane itu adalah yang tertinggi pernah diberikan kepada mana-mana pemain Bayern dalam sejarah mereka.

Digantung tugas sudah, denda pun sudah dilakukan. Kini, Bayern dalam proses benar-benar mahu menyingkirkan Mane dengan menjual pemain tersebut pada musim panas akan datang.

Bayern menganggap yang pembelian Mane sebagai “suatu kesilapan” dan mereka mahu mendapatkan pembeli yang berminat terhadap pemain sayap itu.

Liverpool antara yang disebut-sebut sebagai destinasi kerana Mane dilihat tidak menolak untuk kembali ke pasukan lamanya itu.

Akan tetapi, Liverpool lebih berminat untuk mendapatkan rakan sepasukan Mane iaitu Ryan Gravenberch.