Kelab terkaya di dunia bersedia rai kehadiran CEO baru

Kelab terkaya di dunia bersedia rai kehadiran CEO baru

Manchester United telah mengumumkan bahawa Richard Arnold, bekas Pengarah Urusan Kumpulan, akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kelab, berkuat kuasa dari 1 Februari 2022.

Ed Woodward akan melepaskan jawatannya sebagai Naib Pengerusi Eksekutif, juga berkuat kuasa mulai 1 Februari 2022.

Richard Arnold berkata: “Saya berbesar hati mendapat peluang untuk berkhidmat kepada kelab hebat ini dan peminatnya. Saya berazam untuk membalas penghormatan itu dalam apa cara sekalipun.”

Richard Arnold akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif kami pada 1 Februari.

Joel Glazer, Pengerusi Bersama Eksekutif, berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ed atas kerja kerasnya bagi pihak Manchester United selama sembilan tahun sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dan 16 tahun bersama kelab.

“Kami kini menantikan Richard dan pasukan kepimpinannya membuka fasa baharu dalam evolusi kelab, dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk pelaburan di Old Trafford, pengukuhan penglibatan kami dengan peminat, dan terus memacu ke arah objektif terpenting kami – memenangi pertarungan di atas padang.”

Sumber – ManUtd.com