Kelantan mulai gelabah
Jangkitan pandemik Covid-19 di Kelantan semakin ‘mengganas’ apabila sebanyak 332 kes baharu direkodkan di negeri ini pada Ahad.
Perkara itu diumumkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin menerusi entri laman sosial beliau.
Dr Izani berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negeri Che Siti Wan Kembang itu pada Ahad ialah sebanyak 8,448 kes.
“Covid-19 berada dalam komuniti….jangan hadir tempat yang sesak,” katanya.
Menurutnya, orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ditetapkan kerajaan.
Katanya, pematuhan SOP penting demi kebaikan bersama.
“Keluar rumah pakai pelitup separuh muka, balik rumah basuh tangan,” katanya. – SH