Kelibat jejaka misteri berjambang beraksi mesra di sisi Sophia Albarakbah undang tanda tanya peminat

Kelibat jejaka misteri berjambang beraksi mesra di sisi Sophia Albarakbah undang tanda tanya peminat

KETIKA namanya masih lagi hangat diperkatakan netizen, pelakon Sophia Albarakbah dilihat terus aktif berkongsi aktiviti dan perkembangan terkini menerusi media sosialnya.

Terbaharu seperti dilaporkan portal Mstar, Sophia memuat naik foto dirinya dirangkul oleh seorang lelaki semasa mereka keluar menonton wayang bersama.

Sophia bagaimanapun menutup wajah lelaki yang dipercayai teman lelakinya itu.

Bella pernah dedahkan pengakuan Sophia.t

Ramai yang mula membuat spekulasi identiti lelaki termasuk menyebut nama penyanyi Aliff Aziz kerana mereka sebelum ini pernah dikaitkan bersama.

Dalam satu hantaran lain, Sophia berkongsi foto memperlihatkan dia berada di sebuah hospital.

Turut kelihatan dalam video itu ialah seorang lelaki berjambang seakan-akan memberi bayangan itulah jejaka bersamanya sebelum ini.

Sophia sebelum ini mengakui jatuh hati secara tidak sengaja dengan Aliff ketika mereka terlibat dalam penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Pengakuan tersebut didedahkan oleh isteri Aliff iaitu Bella Astillah yang memuat naik perbulannya dengan Sophia di laman Instagram.

Aliff mengakui kesilapan dan cuba perbaiki diri.

Ketika sidang media drama berkenaan, Aliff turut mengakui mengenai perkara itu dan menegaskan enggan lagi berlakon dengan Sophia di masa akan datang.

Aliff turut memohon agar Sophia tampil memberi kenyataan berhubung kemelut tersebut agar tiada lagi isu berbangkit selepas ini.

Pada sidang media itu Sophia tidak hadir atas alasan masih terlibat dengan penggambaran.