Kelibat ND Lala beraya di rumah Kazar jadi bualan – “Orang-orang hilang ada kat rumah dia rupanya..”

Kelibat ND Lala beraya di rumah Kazar jadi bualan – “Orang-orang hilang ada kat rumah dia rupanya..”

 

Tular di platform Tik Tok sebuah video menunjukkan suasana meriah di rumah pelakon veteran Kazar Saisi sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai ialah kehadiran penyanyi ND Lala yang turut sama menjadi tetamu jemputan di rumahnya.

Di dalam video yang dikongsikan itu, individu tersebut menunjukkan suasana di dalam rumah Kazar yang dipenuhi dengan tetamu yang hadir.

Dalam masa yang sama, Kazar turut dilihat melayani para tetamu termasuklah anaknya, Ira Kazar yang sibuk menghidangkan juadah buat tetamu.

@noraini_basre

#InspirasiRaya #selamathariraya #puterisarahliyana #syamsulyusof #irakaza #norainibasre #artismalaysia #binafshasweet #kazasaisi

♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Netizen turut tertarik melihat kemunculan ND Lala yang sedang menjamu selera di dalam majlis tersebut sekaligus mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Malah rata-rata netizen berasa tertanya-tanya bagaimana penyanyi veteran itu boleh diundang ke majlis itu dan hubungannya bersama Kazar.

Selain itu, gelagat Ira Kazar dan Syamsul Yusof yang dikatakan berada di dalam video itu juga turut menjadi bualan netizen.

Ada yang mendakwa lelaki yang sedang sibuk membasuh pinggan di dalam video itu merupakan Syamsul Yusof namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Sol tengah cuci pinggan tu menantu soleh.”

“Orang-orang hilang ada kat rumah kazar rupanya.”

“Sol tengah basuh pinggan ke.”

Terdahulu, penyanyi ND Lala menjadi perhatian selepas isterinya mendedahkan mengenai isteri kedua suaminya yang merupakan kawan baik kepada anaknya sendiri iaitu Shila Amzah.

Manakala Kazar Saisi pula terpalit dengan kontroversi selepas dia menjadi wali kepada majlis pernikahan anaknya dan Syamsul Yusof di sempadan Thailand.