Kelihatan cantik dan muda dalam usia 54 tahun, ketahui petua diamalkan bekas personaliti TV3 ini

Kelihatan cantik dan muda dalam usia 54 tahun, ketahui petua diamalkan bekas personaliti TV3 ini

 

Tidak dinafikan, anggun jelita Azizah Ariffin. Walau sudah meniti usia 50an namun pesona dan stamina personaliti televisyen ini tetap memikat pandangan. Difahamkan jelitawan ini sedang menikmati percutian ke Eropah di samping keluarga tersayang.

Memuat naik pemandangan indah dan tempat-tempat menarik di Eropah, Azizah yang bakal menginjak usia 54 tahun turut berkongsi suasana dan persekitaran negara pelancongan tersebut bersama followers. Macam-macam info yang dikongsikannya.

Meski sudah meningkat usia namun pembaca berita TV AlHijrah ini kekal awet muda. Jika dilihat perkongsian ibu jelita ini, tidak mustahil dia berjaya mengekalkan stamina dan kecantikan diri kerana aktif bersukan.

Azizah juga seorang wanita yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menitik beratkan soal pemakanan. Menurutnya, kesihatan jantung merupakan faktor utama untuk kekal sihat.

Berikut antara tip penjagaan kesihatan jantung yang dikongsikan Azizah.

Keep it clean.

Hentikan tabiat merokok dan jauhi dari perokok. Nikotin dalam rokok tu boleh mengecutkan salur darah dan mengurangkan pengaliran oksigen ke jantung dan seluruh badan. Ia juga punca terhasilnya banyak radikal bebas yang jadi punca banyak penyakit termasuklah sakit jantung.

Keep it healthy.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pinggan sihat, suku suku separuh. Kurangkan garam, gula, makanan tinggi transfat sebaliknya jangan lupa masukkan lemak sihat seperti minyak zaitun Olivie & OPU dalam diet seharian anda.

Sebab apa ya kena ambil minyak zaitun ni, sebab minyak zaitun kaya dengan omega 3 & 6. Badan kita tak dapat hasilkan Omega 3 & 6 ni jadi kita perlu ambil dari sumber makanan. Peranan Omega 3 & 6 ni ia membaik pulih sel membrane kita, termasuklah sel di kawasan jantung.

Kekal aktif.

Senaman senaman senaman. Hanya 30 minit dan 3 kali seminggu. Jangan malas bergerak tau. Senaman dapat menguatkan otot jantung kita, mengendurkan pembuluh darah, menurunkan paras gula dalam darah dan menaikkan paras kolestrol baik HDL kita.

Selain itu, figura ini turut berkongsi tentang cara pemakanan yang betul. “Saya amalkan 1 sudu minyak zaitun Olivie plus dan 1 sudu teh OPU di waktu malam untuk kesihatan jantung yang sihat. Sama-sama kita menuju kehidupan aafiyat dengan jantung yang sihat.”

Credit : Nona.my