Kemalangan ngeri 2 lori, bayi setahun merangkak keluar cari ibunya

Kemalangan ngeri 2 lori, bayi setahun merangkak keluar cari ibunya

 

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak merangkak keluar dalam keadaan selamat dari kemalangan yang membabitkan dua buah lori.

Dua buah lori remuk

Insiden yang berlaku di wilayah Lampung, Indonesia itu menyaksikan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Fatih Akbar dan ibunya Sri Devi tertidur ketika kemalangan tersebut berlaku pada Sabtu.

Saya tidak tahu Fatih berada di luar kenderaan sehingga dia datang ke arah saya.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial kelihatan kanak-kanak tersebut berada di bahagian hadapan salah sebuah lori yang remuk kemudian dia merangkak keluar dan berlari ke arah ibunya.

Sementara itu, Sri Devi yang terperangkap dilihat cuba untuk keluar melalui pintu sebuah lori berwarna ungu dan kuning.

Difahamkan terdapat dua buah lori yang terbalik dan salah sebuah lori berkenaan melintang di tengah jalan.

Menurut Ketua Polis Tarfik Lampung Tengah, Wahyu Dwi Kristanto berkata punca kemalangan tersebut adalah disebabkan salah seorang pemandu sedang berada dalam keadaan mengantuk.

Kami mengesyaki pemandu lori kuning dan ungu itu tertidur ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah lori.

Kedua-dua pemandu lori tersebut selamat namun salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah di kepala selain calar di muka dan patah kaki kanan.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut cedera manakala anaknya lebam pada mata kiri dan calar di bahagian muka.

Kanak-kanak berusia setahun itu kini berada di dalam keadaan selamat dan telah dirawat di hospital berdekatan.