Kemaskini cara-cara menyemak status Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 LULUS atau TIDAK

Kemaskini cara-cara menyemak status Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 LULUS atau TIDAK

Untuk makluman Portal Pengeluaran Khas KWSP kini sudah boleh diakses mulai 1 April 2022.

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.

Di sini dikongsikan cara-cara untuk menyemak pengeluaran wang Khas KWSP.

Tarikh Semakan Status Kelulusan

Berikut merupakan tarikh semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP :

  • Tarikh Semakan: Mulai 9 April 2022
  • Tarikh Pembayaran: Mulai 20 April 2022

Cara Semak Status Kelulusan

Untuk semak status kelulusan Khas KWSP, Terdapat dua cara semak status yang boleh anda ikuti seperti berikut :

Cara Pertama : Semak Status Permohonan di Laman Sesawang Pengeluaran Khas KWSP.

  1. Layari laman sesawang Pengeluaran Khas KWSP.
  2. Kemudian klik butang “Teruskan”.

3. Pilih butang “Semak Status Permohonan”.

4. Masukkan nombor kad pengenalan/pasport dan nombor telefon bimbit.

5. Tekan Semak Status.

Cara Kedua : Semak melalui aplikasi mudah alih i-Akaun (Ahli).

  1. Pergi ke bahagian menu “Pengeluaran”
  2. Klik butang “Sejarah Pengeluaran”

Keputusan Status Permohonan

Berikut adalah keputusan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP:

1) Permohonan Anda Telah Diterima

Ini bermakna permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima dan sedang disemak secara berperingkat.

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 secara sekaligus mengikut jumlah yang dimohon.

2) Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod

Ini bermakna permohonan anda tiada dalam rekod KWSP.

Anda perlu menyemak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan hubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-89224848 (waktu bekerja).