Kemaskini Pal3stin!!! [Video] Aksi gembira seorang ayah bertemu satu-satunya anak yang terselamat dari insiden pengeboman Isra3l

Kemaskini Pal3stin!!! [Video] Aksi gembira seorang ayah bertemu satu-satunya anak yang terselamat dari insiden pengeboman Isra3l

Pihak Bomba dan Penyelamat masih mengeluarkan mayat syuhada’ dari timbunan runtuhan di As-Syati’ yang melibatkan pengeboman rumah Abu Hatab.

Anak kecil ini antara yang terselamat.

Pembunuhan paling besar setakat ini berlaku pagi tadi melibatkan 9 orang syuhada’, 7 daripada mereka ialah kanak-kanak.

Kalau kalian nak tengok wajah sebenar penjajah yang menyebabkan doktor naik gila kerana mangsa yang sampai ke hospital dalam keadaan berkecai, ayah yang menangis gembira kerana menyangka anaknya semua telah meninggal tetapi rupanya ada seorang masih hidup.

Inilah yang sedang penduduk lalui ketika ini.

Ayah ini (dalam video) menyangka semua anaknya telah meninggal dunia dalam serangan pagi tadi.

Tiba-tiba dia dimaklumkan bahawa ada seorang yang terselamat. Beliau dikurniakan Allah setitik cahaya di hujung terowong yang gelap.

Doakan mereka 😭

Sumber : Nadir al Nuri