Kematian Covid-19 meningkat kepada 361 orang, kes positif baru kekal catat bawah 20 ribu

Kematian Covid-19 meningkat kepada 361 orang, kes positif baru kekal catat bawah 20 ribu

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 248,673 kes aktif, dengan 430 daripada 904 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,100 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 2,989 kes, Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471), Perak (1,319), Terengganu (904), Pahang (700), Kuala Lumpur (537), Melaka (375), Negeri Sembilan (256), Perlis (74), Putrajaya (29) dan Labuan (7).

Jumlah kes harian yang dicatatkan di Pulau Pinang hari ini adalah rekod tertinggi berbanding 2,078 kes yang dilaporkan pada 26 Ogos lalu.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, tiga adalah kes import dan baki 19,730 kes penularan tempatan membabitkan 17,286 warganegara serta 2,444 warga asing.

Hisham berkata, 19,304 kes atau 97.8% daripada jumlah kes baharu hari ini dalam Kategori 1 dan 2, manakala 429 atau 2.2% adalah Kategori 3 hingga 5, dengan 331 daripadanya tidak ada atau tidak lengkap vaksinasi berbanding 98 orang lengkap divaksin.

Daripada 361 kematian itu, 301 ialah warganegara dan 60 warga asing, dengan semua kecuali 99 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala 102 orang meninggal dunia di luar hospital.

Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 67 kes, disusuli Johor (65), Sabah (54), Kedah (51), Kuala Lumpur (34), Negeri Sembilan (29), Kelantan (17), Sarawak (10), Terengganu (9), Melaka (8), Perak (6), Pulau Pinang (5), Pahang (4) dan Perlis (2).

Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.95 setakat semalam.

Sarawak terus mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.18, disusuli Johor (1.09), Terengganu (1.09), Perak (1.03), Pulau Pinang (1.02), Kelantan (1.02), Pahang (1.01), Perlis (1.01), Kedah (0.98), Sabah (0.97), Putrajaya (0.95), Melaka (0.92), Selangor (0.88), Kuala Lumpur (0.81) dan Negeri Sembilan (0.81).

Sumber – FMT