Kematian Dr Chai buka mata KKM teliti kesan sampingan dos penggalak

Kematian Dr Chai buka mata KKM teliti kesan sampingan dos penggalak

KKM digemparkan dengan berita kematian seorang pegawai kanannya di Kementerian Kesihatan, Dr Chai Koh Meow seminggu selepas menerima suntikan penggalak Covid-19.

Dr Chai merupakan penolong pengarah kanan bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari dan berpangkalan di ibu pejabat kementerian itu.

“Dr Chai dimaklumkan menerima suntikan penggalak Covid-19 pada 9 Nov. Dia tidak melaporkan sebarang kesan sampingan yang luar biasa selepas menerima suntikan itu. Malah, dia menghadiri kerja seperti biasa sehingga 16 Nov.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kematian tersebut memandangkan kes itu kini dalam siasatan dan pihak berkuasa.

“Siasatan punca kematian masih diteruskan. Kementerian meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung kes itu sehingga keputusan bedah siasat rasmi dikeluarkan.

“Kementerian juga merayu kepada orang ramai supaya menghormati privasi keluarga si mati,” kata Dr Noor Hisham dalam catatan Facebook pada Khamis (18 Nov).

Dr Noor Hisham berkata Dr Chai amat disenangi oleh rakan-rakannya, orang ramai serta komuniti perubatan tradisional dan komplementari.

“Kementerian berdukacita atas pemergian salah seorang pegawai yang komited dan berdedikasi dengan tugasnya.