Kembali berbaik dengan suami, Zulin Aziz buka mulut dedah punca berpisah

Kembali berbaik dengan suami, Zulin Aziz buka mulut dedah punca berpisah

 

SELEPAS memberi bayangan sudah berpisah Isnin lalu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengesahkan hubungannya dan suami Farhan Norzaini sudah kembali pulih.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata, apa yang berlaku adalah ujian buat mereka dan mahu memberi peluang kepada diri masing-masing dalam menjadi pasangan lebih baik.

zulin 2

“Berkat doa semua. Kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik daripada sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.

“Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmahnya sangat indah,” katanya.

Zulin berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Zulin memberitahu keputusan yang dibuat sebelum ini secara tiba-tiba kerana masing-masing berputus asa berdepan kemelut.

Bagaimanapun Zulin tetap dengan pendirian untuk tidak mendedakan masalah yang berlaku di antara mereka.

“Tak pernah sekali pun kongsi apa-apa fasal masalah rumah tangga. Keadaan sebelum ini pun baik-baik sahaja. Seperti yang dilihat memang tiba-tiba.

“Dalam pada kami berdua putus asa, masing-masing ambil keputusan untuk berpisah,” jelasnya.

Zulin sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia dan suami sudah berpisah hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2023 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.