Kembali solo, carian nama ‘Siti Saleha’ melonjak di Google

Kembali solo, carian nama ‘Siti Saleha’ melonjak di Google

Pelakon Siti Saleha, 32, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Siti Saleha mengaku perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodoh dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan empat tahun.

“Okay, untuk hari ini, kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini sahaja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebihnya, saya tak nak ulas apa-apa,” katanya seperti dilaporkan akhbar Harian Metro.

Kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar bersama suami pada 24 Mac tahun lalu. Hantaran itu sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.