Kemelut gaji Perak FC : Saarani enggan tanggung biawak hidup, tuding jari kepada Peja

Kemelut gaji Perak FC : Saarani enggan tanggung biawak hidup, tuding jari kepada Peja

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal telah meletakkan jawatan beliau dan meminta agar sesiapa yang boleh selamatkan Perak FC supaya berbuat demikian. Macam tu je Rizal?

MB Perak Dato Sharaani pula telah lepas tangan dan berkata kerajaan negeri tiada lagi duit untuk membantu Perak FC, ini membuatkan penyokong Perak FC tertanya-tanya bagaimana semua ini boleh berlaku?

Semasa Dato Seri Faizal Azumu atau Peja menjadi MB Perak, kesemua pemain Perak mendapat gaji cukup masa, sejak kerajaan baru dibawah pimpinan Shaarani mengambil alih, ramai pemain tidak mendapat gaji dan ini sekaligus telah menyebabkan berlakunya penghijrahan besar-besaran pemain Perak ke negeri lain.

Zaman PEJA, beliau tidak pernah menggunakan kewangan kerajaan negeri Perak, tetapi beliau menggunakan penajaan dari pihak swasta untuk membiayai Perak FC.

Bukan mudah menjadi pemimpin ini, nampak seronok kerusi empuk dan pelbagai lagi keistimewaan tetapi ianya juga datang dengan tanggungjawab yang besar. Apa nasib Perak FC selepas ini?

Peja sudah tidak ada lagi dalam kerajaan negeri mahupun dalam pengurusan Perak FC untuk membantu, tauke Pakeeza dan Nasi Ayam Hainan Rizal pula telah melepaskan tanggungawab, SIAPA YANG AKAN BANTU PERAK FC LEPAS ini?

Man Bhai

Perak Today