“Kemudahan penjara semasa tak dapat tampung fizikalnya” – Peguam Siti Bainun

“Kemudahan penjara semasa tak dapat tampung fizikalnya” – Peguam Siti Bainun

 

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas didapati bersalah mengabai dan mendera remaja sindrom Down, Bella.

Hakim perbicaraan Izralizam Sanusi turut memerintahkan Pengasas Rumah Bonda itu melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam selepas selesai hukuman penjara serta tandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun.

Terdahulu, Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Kanak-kanak 2001 bagi memastikan kesalahan penderaan kanak-kanak dikenakan hukuman berat jika sabit kesalahan.

Kepentingan awam mesti dipertimbangkan dalam kes ini. Kecederaan Bella serius dan meninggalkan parut pada dirinya dan juga fizikal.”

Menegaskan apa yang dilakukan Bainun terhadap Bella kejam apatah lagi dia merupakan aktivis dalam kebajikan kanak-kanak tetapi telah melanggar amanah diberikan.

Menurut laporan Malaysiakini, peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf merayu agar dia diberikan hukuman ringan tanpa penjara atau tempoh tahanan singkat kerana dikatakan telah insaf selain memberi alasan “kemudahan penjara semasa tidak dapat menampung seseorang seperti fizikalnya”.

Ini disebabkan saiznya yang besar dan (masalah) kesihatan. Hukuman penjara yang panjang akan menjejaskan kesihatan tertuduh.”

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria bagaimanapun memohon hukuman untuk pencegahan kerana kecederaan Bella adalah serius hingga menyebabkan parut pada badannya kekal sepanjang hayat.

Izralizam kemudian menolak rayuan Siti Bainun untuk tangguh hukuman penjara tersebut dan diperintah jalani hukuman itu bermula pada hari ini.

Pihak pendakwaan memanggil seramai 22 saksi pada peringkat pendakwaan perbicaraan yang bermula 30 Mac tahun lalu.

Antaranya ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, penolong pengurus sebuah syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.

Pada 24 Nov tahun lepas, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas kedua-dua pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun pada akhir kes pendakwaan.

Siti Bainun didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.