Kena lempang muka dengan cikgu garang hingga sakit gigi, ibu kongsi 3 tahun anak harungi trauma sampai rujuk ke psikiatri
Cabaran alam persekolahan hari ini tidak mudah. Ada banyak isu yang timbul, baik di pihak guru mahu pun ibu bapa.
Satu perkongsian seorang ibu di fbnya, Amy Syaquena mendapat respon dari masyarakat bila mana dirinya berkongsi anak sulungnya, Nur Aisya Rizqina yang baru pulih dari trauma selepas 3 tahun mengharunginya kembali berdepan guru garang yang suka menampar muka dan mencubit murid.
Apa dikesalinya, tiada permohonan maaf dari guru tersebut dan berkata, itu adalah caranya mengajar.
Kena Tampar Dengan Cikgu Garang
Apa yang dikongsikan oleh ibu ini, cabaran dilaluinya selama 3 tahun untuk memulihkan semangat anaknya agar suka ke sekolah temasuk dirinya duduk sama di dalam kelas yang mana akhirnya anaknya itu seronok ke sekolah. 3 tahun harungi dan ianya berjaya di mana anaknya, Aisya seronok ke sekolah.
Tetapi bila berpindah ke sekolah baru, anaknya dilempang lagi di muka hingga rasa takut untuk ke sekolah. Ini rentetan kisahnya sebelum beliau berkongsi yang anaknya perlu jalani perjalanan bertemu psikiatri akibat guru garang. Baca luahan hati ibu ini.
PERJALANAN PEMULIHAN AISYA DARIPADA TRAUMA. CIKGU DI SK HAJI MAHMUD BANYAK MEMBANTU
Dah agak bila share pasal guru pasti ada yang x puas hati, cakap kita ni paranoid sangat. Dulu cikgu bantai takde pun mak pak pergi serang. Elok je jadi orang. Manjakan anak sangat, tak boleh jentik sikit laaaaaaaaaa…
Hurmmmmm..
Maaf ye! Saya tak ada pukul rata semua cikgu gitu. Dulu pun suami saya cakap benda yang sama jugak sebab tu la kami tak de buat report polis. Tapi kesudahannya bertahun saya kena hadap untuk pulihkan emosi anak.
Trauma dengan cikgu. Dekat rumah bukan main bersemangat nak pergi sekolah tapi bila sampai sekolah mengigil ketakutan, kaki tangan sejuk sampai nak pitam.
Mei 2022 tukar sekolah daripada Kelantan ke Ipoh. Dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan. Lucky dapat sekolah yang semua guru-gurunya sangat prihatin.
“SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD CHEMOR” harus di beri pujian.
Saya pernah share kisah nie. PK Hem Cikgu Abu, Guru disiplin Ustaz Nasir dan Cikgu HUDA guru kelas Aisya banyak membantu saya.
10 bulan 6 hari PJJ dengan suami. Semua urusan anak saya uruskan seorang diri. Memang agak struggle.
Alhamdulillah cikgu banyak bantu. Anak masuk kelas saya duduk sama dalam kelas. Airis bosan, saya duduk luar kelas. Dengan panas teriknya. Dengan Airis mengamuk nak tidur. Itulah rutin harian saya setiap hari.
Ada sekali tu sampai demam-demam adiknya. Tak dapat saya temankan Aisya. Cikgu HUDA la banyak bantu. Dia share gambar, video Aisya, buat voice note.. Nak bagi Aisya tenang.
Tak ada sekali pun cikgu HUDA marah atau kasari anak saya. Alhamdulillah cikgu HUDA ikhlas bantu Aisya. Setiap kali cikgu-cikgu lalu nampak saya di luar kelas dengan Airis, mesti cikgu-cikgu akan bagi kata-kata semangat.
Ibu Kongsi 3 Tahun Anak Harungi Trauma Sampai Rujuk Ke Psikiatri
Alhamdulillah, saya tak rasa seorang diri. Ulang alik bawa anak-anak semua pergi hospital untuk Aisya jumpa pakar kanak-kanak, pakar psikitrik. Dari Kota bharu sampai la tukar ke Ipoh.
Masuk kelas pemulihan. Walaupun rasa penat tapi berbaloi bila nampak perubahan Aisya dari hari ke sehari.
Hujung bulan Mac 2023. Alhamdulillah Doktor psikiatri bagitahu Aisya dah pulih dari trauma dan tak perlu lagi terima rawatan.
Lucky jugak doktor minta saya lebih sabar. Doktor tak nak bagi ubat pada Aisya sebab dia masih kecil. Ikutkan trauma Aisya ni teruk sehingga ganggu tido malam dia.
Dengan kesabaran tu dan bantuan semua pihak. Alhamdulillah Aisya sihat sepenuhnya.
Tapi April 2023, bila tukar sekolah ke Kelantan semula. Aisya berdepan dengan cikgu garang. Start kacau emosi dia. Dari lihat cikgu pukul pelajar lain sehingga la diri dia kena sama.
Lepas kejadian hari itu. Klinik buat surat refer hospital. Dan bulan depan bermula la perjalanan Aisya ke hospital semula.
Sebelum ni saya masih boleh bertolak ansur tapi tidak kali ni. Sampai bila saya harus hadap semua ni. Orang tak berada di tempat saya, boleh cakap macam-macam.
Nak pulihkan trauma budak bukan amek masa sehari dua. Bertahun tau.. Silap² hari bulan boleh mental budak.