Kena ‘reject’ sebab muka berjerawat, pemuda dapat ‘dating’ dengan Hawa Rizwana

Kena ‘reject’ sebab muka berjerawat, pemuda dapat ‘dating’ dengan Hawa Rizwana

 

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pemuda yang ditolak teman wanita disebabkan wajahnya yang berjerawat.

Difahamkan lelaki itu ditolak selepas pertemuan pertama dia bersama wanita berkenaan.

Namun apa yang lebih menggeramkan apabila wanita itu tidak hanya menolak pemuda tersebut sebaliknya turut melemparkan kata-kata sindirin kepada lelaki yang di kenali sebagai Muhd Azfar Ikhwan Yahaya.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai berang di atas kata-kata sindiran wanita terbabit.

Malah ada yang mengatakan sekiranya enggan menjadikan lelaki itu pasangan wanita tersebut perlulah memberitahu secara baik.

Susulan daripada video tular itu stesen radio terkemuka, Era FM telah memberikan peluang kepada Azfar untuk dating bersama pengacara, Hawa Rizwana.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik dalam TikTok, kelihatan mereka menemukan Azfar dan Hawa dalam sesi makan malam di kafe Kueh, Selangor.

Malah apa yang lebih menarik perhatian, sebelum acara makan malam mereka bermula Hawa turut memberikan sejambak bunga kepada Azfar.

Mereka kemudian diiring ke meja makan oleh Radin. Sebaik mereka duduk di kerusi yang dikhaskan, Namie yang juga selebriti mendendangkan lagu buat mereka.

Kelihatan Azfar seperti tersipu-sipu malu sewaktu persembahan itu dibuat di hadapannya.

@era.je

Menang besar!! Cayalah @azfarzenn ! Dapat makan candle light dinner dengan @hawarizwana la guys 😍 #sharERA #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

Dalam satu lagi video lain kelihatan Azfar begitu ‘gentleman’ apabila turut mengambilkan makanan untuk Hawa sebelum mereka menikmati makanan bersama-sama.

Azfar kemudian mengucapkan terima kasih kepada pasukan Era FM kerana mengadakan makan malam tersebut.

“Terima kasih, sebab ni pertama kali dalam hidup saya dapat macam ni. Sebak jugalah,” ujar Azfar.

@era.je

Gentleman nya @azfarzenn ni. Baik je budaknya. Siap ingatkan @hawarizwana baca doa 🤣 #sharERA #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

Mengintai di ruangan balas, ramai mengatakan pasti selepas ini wanita yang menyindir Azfar akan mencarinya semula memandangkan pemuda itu sudah terkenal.

Malah dia juga turut dipuji oleh orang ramai apabila tampil segak bergaya pada malam itu.