Kena ‘sembur’ dengan Datuk Hattan masa live, ini respon pembaca berita buat ramai respek

Kena ‘sembur’ dengan Datuk Hattan masa live, ini respon pembaca berita buat ramai respek

 

Pembaca berita sebuah televisyen terkemuka, Nursyazwani Saiful Sham enggan untuk memberi apa-apa penjelasan selepas ‘disekolahkan’ oleh penyanyi veteran, Datuk Hattan menerusi sebuah temu bual secara siaran langsung semalam.

Menurut laporan Kosmo, dia meminta kepada orang ramai untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut secara berterusan kerana dia menganggap ia merupakan asam garam dalam dunia kewartawanan.

“Tak mengapa, benda dah berlaku,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana mengambil berat mengenai dirinya namun, tidak boleh memberi apa-apa ulasan apa yang telah berlaku.

“Terima kasih sebab hubungi. Saya tak boleh nak ulas apa-apa berkenaan perkara itu. Harap faham,” ujarnya lagi.

Sejak semalam, nama Dato’ Hattan menjadi perhatian ramai apabila dia seakan beremosi ketika bersiaran secara langsung bersama pembaca berita yang gagal menjawab soalannya mengenai pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC.

Bagaimanpun, netizen telah bersepakat menyerang akaun laman sosial penyanyi yang berusia 58 tahun itu yang dianggap tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penggiat seni.

@salimey1

Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral

♬ original sound – Salimey Abu Bakar – Salimey Abu Bakar