Kenali 7 buah negara yang ada peraturan pelik di dunia

Kenali 7 buah negara yang ada peraturan pelik di dunia

Jika anda singgah ke sesebuah negara, pasti mereka memiliki peraturan masing-masing yang kadangkalanya sangat berbeza dengan negara kita

Jadi, kita perlulah mengikutnya ketika berada di negara berkenaan. Namun, sesetengah orang tentu menganggap peraturan ini agak aneh dan tidak masuk akal sama sekali.

Tetapi, hakikatnya setiap peraturan yang ditetapkan di sesebuah negara telah pun diteliti dengan betul sebelum dilaksanakan.

Pernahkan anda pergi ke negara-negara yang mempunyai peraturan pelik? Jika tidak jom kami kongsikan kepada anda antara 7 buah negara yang mempunyai peraturan pelik di dunia.

1. Australia – Tidak boleh paksa orang untuk mabuk

Image from Alo Dokter

Australia terkenal dengan negara yang mempunyai keindahan dan kesantunan masyarakatnya. Namun, tahukah anda ada peraturan yang anda tidak boleh suka hati melakukannya?

Di sana jika anda mendapati cuba memaksa orang lain untuk mabuk dengan meminum arak, anda perlu bersedia untuk menghadapi hukuman ke atas perbuatan itu.

2. Georgia – Tidak menjaga ayam peliharaan

Image from Islam Pos

Jika di Malaysia, memelihara haiwan itu adalah menjadi perkara biasa lebih-lebih lagi di kawasan kampung. Malah, kadangkala ayam peliharaan ini akan berak di rumah jiran-jiran betul tak?

Namun, berlainan di Georgia kerana sekiranya ayam peliharaan anda singgah dan membuang najis di kawasan mereka, anda perlu membayar denda yang agak mahal. Undang-undang ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemilik untuk menjaganya.

3. Kanada – Dilarang membuat bising

Image from Deposit Photos

Kanada mempunyai peraturan mereka sendiri untuk mengawal rakyatnya. Bandar Petrolia di Kanada mempunyai peraturan dengan mengehadkan tahap bunyi bising yang berlebihan.

Malah, anda tidak boleh mempunyai bunyi jeritan, siulan atau nyanyian pada bila-bila masa.

4. UAE – Tidak boleh mengumpat

Image from Impact Group

Jika anda berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), anda perlu mengetahui satu peraturan penting iaitu tidak boleh mengumpat.

Sekiranya anda didapati melakukan itu, anda boleh dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang seperti hukuman penjara.

5. Singapura – Tidak boleh makan gula-gula getah

Image from Business Today

Singapura merupakan antara salah sebuah negara Asia Tenggara yang maju. Walaupun negaranya kecil, tetapi mereka telah menetapkan satu peraturan penting untuk rakyatnya.

Anda tidak dibenarkan memakan gula-gula getah. Hal ini kerana mengunyah gula-gula getah boleh menyebabkan kekotoran jika dibuang sesuka hati.

6. Denmark – Memberikan nama bayi sesuka hati

Image from Help Guide

Antara salah satu negara yang mempunyai peraturan yang pelik ialah Denmark kerana anda tidak dibenarkan memberikan nama bayi sesuka hati.

Ia kerana kerajaan Denmark telah mengeluarkan sebanyak 7,000 nama untuk rakyatnya. Mereka boleh memilih mana-mana nama cadangan itu sejak bayi dilahirkan dan terus memberi padanya.

Jika mereka mempunyai nama lain selain 7,000 nama tersebut, mereka perlulah memohon kelulusan daripada majlis perbandaran masing-masing.

7. Jerman – Dilarang kehabisan minyak

Image from Driving Tests

Banyak kita boleh lihat sekarang kenderaan terpaksa berhenti di tengah jalan kerana kehabisan minyak betul tak? Perkara ini sebenarnya sangat membahayakan dan kita perlu lebih teliti mengenai.

Namun, lain pula di negara Jerman kerana anda dilarang kehabisan minyak di jalan raya. Hal ini disebabkan anda akan menganggu aktiviti orang di sana dan boleh dikenakan denda.

Kalau korang rasa nak berkunjung ke negara-negara ini pastikan ikut peraturan mereka okay 🙂