Kenali Sathia Seelan, pemandu Grab yang menjadi buah mulut netizen di Malaysia

Kenali Sathia Seelan, pemandu Grab yang menjadi buah mulut netizen di Malaysia

Trafik Malaysia kebelakangan ini sering sesak dengan kebanjiran pekerja-pekerja perkhidmatan e-hailing.

Semakin ramai yang mengambil peluang menjadikan bidang perkhidmatan berasaskan dalam talian ini sebagai kerjaya samada separuh masa malah ada juga menjadikan karier kerjaya sepenuh masa.

Selain mencari wang saku tambahan demi mengisi perut ahli keluarga ketika berdepan zaman yang penuh mencabar mutakhir ini, mereka juga beranggapan pekerjaan ini sangat cocok dengan jiwa mereka yang dambakan pengurusan masa sendiri tanpa lagi terikat dengan masa pejabat.

Sering sahaja terpapar cerita-cerita kebaikan yang dilakukan pekerja e-hailing ini. Pantang ada kemalangan ataupun bencana kerosakan di jalan raya, tidak pernah sekalipun mereka ini kedekutkan kudrat untuk turut sama membantu.

Terbaru, media sosial hari ini dihujani dengan perkongsian satu lagi kisah yang begitu membanggakan perihal kisah seorang pemandu e-hailing Grab bernama Sathia Seelan.

Menurut perkongsian di laman Facebook oleh pengguna bernama Muhammad Ridzwan, dia berkongsikan kisah ayahnya yang memerlukan bantuan mendapatkan rawatan kecemasan sebuah hospital di Klang, Selangor.

Namun, oleh kerana dia hanya bermotor ketika itu, dia terpaksa menggunakan perkhidmatan Grab untuk membawa ayahnya ke sana.

Ketika tiba di hospital tersebut, seperti biasa sewaktu dia hendak membayar bayaran tambang kepada lemandu Grab tersebut,tanpa semena-mena pemandu tersebut enggan menerimanya.

“Takpa, tak perlu bayar”, ujar pemandu Grab bernama Sathia Seelan.

Saya tidak kenal awak, tetapi anda mempunyai hati yang sangat baik. Sangat menghargai sikap awak, terima kasih banyak-banyak

 

Sebenarnya banyak lagi kisah-lisah menarik mengenai kejadian serupa samada dikongsikan di media sosial ataupun daripada mulut-mulut mereka yang pernah merasai pengalaman berdepan dengan kisah itu sendiri.

Inilah sikap yang sepatutnya dipupuk oleh kerajaan hari ini, berbanding gemar mencetuskan api kebencian sesama kaum, saling curiga mencurigai antara satu sama lain demi Malaysia tercinta.