Kenali siapa Roman Bose, penulis cerita komplot menangkap Najib oleh 3 Tan Sri

Kenali siapa Roman Bose, penulis cerita komplot menangkap Najib oleh 3 Tan Sri

Negara dikejutkan dengan penularan satu buku yang ditulis oleh Roman Bose, bekas wartawan dan penasihat komunikasi politik kepada Najib dari 2012 hingga 2018 Najib.

Buku Bose bertajuk “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government” antaranya menyentuh plot rampasan kuasa yang didakwanya melibatkan ‘tiga Tan Sri’.

Menurutnya, Najib Razak hampir menjadi mangsa rampasan kuasa oleh “tiga Tan Sri” yang bersekongkol dengan pemimpin lain untuk menahan beliau secara tidak sah sewaktu mempengerusikan mesyuarat Kabinet, dakwa bekas pembantunya.

Tiga Tan Sri yang dimaksudkan Bose ialah bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abu Kassim Mohamed.

Zeti dan Gani ialah anggota utama dalam Pasukan Petugas Khas 1MDB yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dalam artikel Wall Street Journal serta Sarawak Report berhubung tuduhan penglibatan Najib dalam menyeleweng dana negara. Abu Kassim pula ialah penasihat pasukan petugas khas itu.

Individu lain yang didakwa terbabit dalam plot rampasan kuasa itu termasuk Muhyiddin Yassin, yang ketika itu timbalan Najib dan Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Bagaimanapun Najib mengambil beberapa tindakan yang berjaya menggagalkan rancangan tersebut termasuk memecat Gani, Muhyiddin dan Shafie sehari sebelum plot itu dilaksanakan, dedah Bose lagi.

“Dua hari selepas artikel itu muncul (menggunakan dokumen yang didakwa dibocorkan BNM, Jabatan Peguam Negara dan SPRM), satu mesyuarat rahsia pasukan petugas itu diadakan untuk merancang penyingkiran dan penahanan Perdana Menteri,” tulis Bose memetik beberapa sumber.

“Abu Kassim didakwa mengetuai desakan untuk Najib ditahan, walaupun pasukan petugas itu tidak mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan beliau (Najib) bersalah. Apa yang mereka ada ialah sekadar spekulasi dan gerak hati.

“Pada Selasa, ketua perkhidmatan awam (Ketua Setiausaha Negara) Ali Hamsa menemui Gani di Jabatan Peguam Negara untuk memaklumkan beliau sudah digantikan, sementara butiran keselamatan Najib diperkukuhkan.

“Perdana Menteri (turut) memaklumkan Muhyiddin serta Shafie bahawa mereka akan digantikan dalam rombakan kecil Kabinet yang akan berlaku pada hari sama.”

“Pada pagi itu sahaja, beberapa perancang utama yang didakwa itu disingkirkan tanpa sebarang keganasan atau pertumpahan darah, serta rancangan rampasan kuasa…digagalkan – gaya Malaysia.”

Tetapi, siapakah Roman Bose ini? Sarawak Reports dalam satu laporannya pada 2017 dahulu telah mendedahkan siapakah Roamn Bose yang sebenar.

Dia dilaporkan pernah bekerja di dalam Lembaga Pelancongan Singapura sebelum berpindah ke Kuala Lumpur selepas dilantik sebagai wakil wartawan bagi Al Jazeera.

Selepas itu, dia berpindah pula ke agensi berita AFP dan berkhidmat selama 4 tahun sehingga 2012. Dia kemudiannya menubuhkan Kelab Wartawan Asing dan menjemput Najib merasmikannya.

Namun, tumbul isu yang sangat mengejutkan apabila bersumberkan SPRM Insider yang jelas membuktikan Roman Bose dibayar Najib sejumlah besar wang melibatkan hampir RM700 ribu menerusi akaun peribadi AMBank yang disahkan kepunyaan Najib bagi membiayai kegiatan ‘perang sosial media’ dan ‘pemantauan media’ sejurus selepas PRU ke-13.

Akaun AmBank peribadi Najib itu dilaporkan dibekalkan wang menerusi pinjaman wang SRC International yang mendapat pinjaman daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan diuruskan sendiri oleh CEO SRC, Nik Faisal yang diberikan kebenaran untuk memindahkan wang tersebut ke akaun Najib.

Berita selanjutnya boleh di baca di laman Sarawak Reports.

Dalam perkembangan lain, veteran UMNO yang juga merupakan blogger politik terkenal menafikan pendedahan yang dibuat Roman Bose itu.

Menerusi hantaran terbaru di FB miliknya, Zaharin menganggap tulisan Rkman Bose itu sekadar hikayat dongeng bagi mempertahankan bekas bosnya.

Malah, Roman Bose sendiri dikatakan telah pun melarikan diri keluar daripada Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Najib pada PRU Ke-14 lepas. Tulisnya,

Gelak saya baca akan perihal konspirasi Tiga Tan Sri hendak menggulingkan Najib Razak.. Mudah sahaja jika ikut penulis itu nak gulingkan kerajaan.

2. Kumpulkan tiga pegawai pengurusan tertinggi negara. Buat tuduhan. Perdana Menteri boleh di gulingkan.

3. Penulis ini tidak ada pengalaman. Saya ada pengalaman bukan semudah itu nak menangkap Perdana Menteri dan Tim Perdana Menteri.

4. Salepas 31hb Ogos 1998 salepas sambutan Hari Kebangsaan di Pulau Pinang. Pasukan Polis telah bersedia untu menangkap Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang TUDM Suhang atas tuduhan SPRM, salah guna kuasa.

5. Kerana kes ini di rujuk kepada Peguam Negara masa itu Mokhtar Abdullah. Beliau telah mengarahkan penangkapan itu di berhentikan serta merta.

6. Sebab di berhentikan penangkapan itu kerana beliau tidak boleh di tangkap masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

7. Apa akan berlaku jika sebelum tuduhan di perbuat dan dalam masa tahanan reman. Tun Dr Mahathir Mohamad mati?

8. Sudah pasti beliau terpaksa di keluarkan dari reman dan dibenarkan mengangkat sumpah jawatan Tim Perdana Menteri.

Maka bagi tujuan. penangkapan.. Anwar Ibrahim di pecat dahulu jawatan Perdana Menteri.

Begitulah.. penangkapan Najib Razak mesti di selaraskan dengan Istana Negara. Tidak semudah itu Timbalannya terus ke jawatan Perdana Menteri. – zmy